web 2.0

Thursday, January 29, 2009

tidak jauh

dulu,dimata kita penuh dgn kegelapan, dunia luar begitu asing kpd kita, bisikan kejahatan menanti waktu...

selepas, kita dilahirkan ke dunia,kegembiraan dan tangisan kita membanjiri suasana keriangan, nama yg indah diberi, mengharapkan sesuatu yg baik diberikan kpd agama dan keluarga...

sekiranya kita alpa dgn keindahan nama dan doa ibubapa yg tidak pernah jemu memohon doa kpd Allah SWT, pernah kah kita terfikir apa yg akan berlaku kelak dgn segala perbuatan kita ini?

ramai org asyik dok berbicara,mahu diatas stage mengeluarkan saranan agama ataupun saling menegur antara sesama manusia, megenai sifat-sifat yg baik..dan selalu kita(pelajar IMS) lalu dihadapan cermin di hall...merenung kecantikan diri lalu tersenyum...tp apakah muhasabah diri...?  s

kita diajar untuk menjadikan hari ini lebih baik drp smlm..slalu kita dgr ungkapan emas ini...tp pernah kah kita berfikir dan merenung ungkapan ini...

ada kala nya,kita ingin kan perubahan...perubahan yg menampakkan kecantikan luaran dna kepuasan hati setiap individu....pernah kite terdgr kata-kata dusta ini...'erm...kita xthn la tgk org xpkai tudung..mcm best je'...tp pernah kah kita terfikir,jikalau hari ini ak memakai pkaian seksi@TIDAK menutup aurat, kita ble meninggal dunia dlm keadaan beriman?

di india,waktu solat utk thn 2009 sudah berubah, kita diberi jadual utk menunaikan solat..tp adakah solat yg kite lakukan 5 kali sehari itu dilakukan dlm keadaan khusyuk? sering kali kita dgr org buat BISING dlm surau..gelak sakan menganggu solat rakan-rakan..adakah kita (yg bergelak sakan masa org solat) nk diganggu sewaktu kita solat?

setiap manusia mempunyai pelbagai ragam...itu la keistimewaan manusia..tp, cuba kita fikir, brapa kali kita bersangka buruk dgn org len...menghalang kawan@memikirkan keburukan seseorg yg blm pasti kebenaran nya..merendah-rendahkan kawan...semangat asabiah @ negeri begitu tebal...mengapa kita slalu suka bergosip dari membaca buku?..asyik dok fikir keseronakan remaja sahaja...

waktu sekarang memang masa yg best-waktu remaja..ramai kawan,duit etc...tp pernah kah kita bersedia utk masa hadapan jika kita keseorgn nnt..tidak mustahil kawan kita dahulunya rapat dgn kita akan meninggalkan ktia sewatktu kita dlm kesusahan dimasa akan dtg kerana waktu sekarang sudah ada,kawan pijak semut pun tak mati..

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tuesday, January 20, 2009

untuk satu peluang

nan jauh matu ku melihat, deruan bayu keinsafan memukau si anak mata, melafazkan erti sebenar kebenaran yg disimpulkan, berkibar-kibar melepaskan sayapnya, meliputi segenap pelusuk angkasa raya..

apalah erti hidup jika diri terumbang-ambing, ingin mencari sinar, tapi mentari enggan entah ke mana, meraba-raba kealpaan mencari pelita kehidupan, kian malap dihitami jelaga kejahilan..

hidup ini hanya sekali, ingin belajar seluas buih dilautan, menimba sehingga tinggal tanda noktah, agar dada penuh dengan keilmuan, sebelum menanti waktu itu memanggil...

hanya ini yg kumahu, dlm konsep mencari kawan, bukan untuk ku memilih, tapi meminta kehormatan dibela, bukan salah utk mengkritik, tp biar berpada-pada...

aku ingin satu peluang, untuk berkawan mencari teman, menemani seperti burung-burung bernyanyi riang di rimbungan, utk hilang duka cita, mewarnai keceriaan, dan menghijauni hidupku..

bukan niat ku utk merampas sahabat, tapi utk berkawan semata-mata, tp silap entah dimana, dipandang buruk bila bersuara, lagunya sedap liriknya menyakitkan, membakar jiwa keikhlasan, agar disemai sifat ketabahan..

jangan lah manusia leka dunia, kecantikan diri hanya sementara, esok lusa entah dimana kita akhirnya...

berfikirlah, renungilah, siapa diri kita utk berkata buruk, tp ingatilah, tidak semua kawan menjadi kawan, tidak semua musuh manjadi lawan...............


Thursday, January 15, 2009

tidak berdaya mengundur diri

di dlm ketenangan, tiada apa yg merungsingkan minda, menbuai jiwa yg enak dibuai bayu kelembutan, aman di hati tidak terperi, bagai melihat dunia hingga ke hujungnya...

namun kota keindahan tersentuh jua, daun berguguran disergah angin, menusuk kalbu didalam kealpaan..

tangisan derita manjadi irama di radio udara, debu pepecahan menjadi lirik di dada akhbar, hingga linangan air mata menjadi saksi kebenaran di derita yg telah menderita..

ketidakwarasan kuasa di arena bumi kesepian menjadi rebutan, bunga-bunga kembang layu berduyun-duyun melihat ukiran kesedihan dimata kesempitan dunia...

gegaran sang penyudah pemutus bicara, kilauan bunga api menjadi permainan hiburan hati-hati kezaliman, melengkapi pemudah kata si kebutaan kewartawanan...

embun kesejukan berteriak, namun tiada yg memperdulikannya, kekecewaan terdampar namun tiada huluran tangan mendampingi setiap insan yg memhulurkan, bukan utk meminta tapi keadilan yg dicari..

doa-doa setiap umat akhir zaman, bagai cahaya kegembiraan utk mereka di palestin, mengharapkankan agar umat islam bersatu menentang kezaliman sang israel yg berjiwa batu.....



Sunday, January 11, 2009

lakaran

bila jiwa berkata, suram menjadi cerah, awangan di pusaran minda berpaksikan ilmu di celah, ingin menyerap sebuah idaman, agar menjadi impian kalbu....

jika hidup ini berjalan di taman, daun berterbangan di sapa angin, menolak rintihan di kota hati, menanti agar pintu kehidupan menyinari, menerangi sebuah dunia hijau...

siapalah gerangan ini utk berkata, tatkala smua manusia mngeruhkan air yg mengalir, tanpa menghiraukan hakikat masa yg berlalu, meninggalkan kita utk selamanya....

alangkah sucinya, jiwa manusia yg berfikir akan masa yg telah singgah, menjenguk kita dan berlalu begitu shj...

bila sekuntum menyebarkan kelopaknya, keindahan terselah di luaran sana, menarik si melihat utk mendekati, memetik dan disemai, utk mengindahkan rumah idaman...

cabaran liku silih berganti, menguji keutuhan seketul hati, melakarkan lakaran utk Kerana...

sejarah dihitung sekali lagi, mengingati jiwa berterbangan, lalu dilepaskan sayapnya utk kemari, mencari ilmu utk berjaya...