web 2.0

Saturday, September 27, 2008

selamat hari raya


tinggal beberapa hari sahaja, ramadhan akan berakhir dan bermulanya syawal....
sekejap je rasanya bulan ramadhan, ditambah pula dgn kesibukan jadual waktu, mmg xterasa masa berlalu dgn pantas..perlunya kita bersedih krn ramdhan sudah hmpr berakhir, bulan yg penuh kenikmatan..dan bila menjelang syawal, bergembira lah..kpd pmbc blog, selamat hari raya and kepada kwn2 seperjuangan medic ke india, be prepa..
raya btul2 thn nie, jmp lagi 6 hb nnt...pastu dh mula strt study...tp nmpk mcm xraya sgt tahun nie, byk perkara perlu difikir..pastu, tak dpt beraya di kmpung lama kerana terpaksa pergi ke shah alam pada raya ke-6..erm..

walau pelbagai dugaan ditempuhi sepanjang puasa ni, bersababar lah, ada hikmah disitu..
ramai kwn2 satu group mengeluh, demand ke IMS terlalu tggi, sehingga menjerat diri pelajar sndr..

nk diikutkan, mmg sukar utk diharungi sekiranya kita tak ubah persepsi diri kita..berani berubah after melakukan kesalahan adalah org yg hebat motivasinya..belajar utk berdiri di kaki sendiri..lebih-lebih lagi berada di oversea, mmg cabaran byk perlu ditempuhi..

setkan minda dgn pemikiran positif and tenang dlm semua keadaan. walau sukar, tp kita blh berlatih utk mendapatkan nya, tambahan pula pd 10 mlm terakhir, semua umat islam berusaha utk mencari malam yg penuh hikmah, lailatulqadar..diharapkan ramdhan kali ini dpt mengubah diri kita ke jalan yg benar dan setiap amalan kita lakukan diterima oleh Allah SWT..amin..mudah-mudahan kita diberi umur yg panjang supaya dpt berjumpa pada ramadhan akan dtg..salam

Friday, September 26, 2008

cerita oversea dlm cerita(part 3)

andai
ku tahu erti
kehidupan sebenar
akan ku membawa
hidup ku ke jalan-Nya

andai
ku tahu
maksud ini
akan ku slalu
mengingati-Nya
bertasbih memuji Ilahi

andai
ini sahaja
ruang waktu ku
akan ku isi dgn ilmu
mengenali si Maha Pencipta

andai
smua org tahu
pahala dan dosa dibawa
halal dan haramnya sesuatu
nescaya runtuhnya pencinta dunia

andai
kelalaian menjelma
kehinaan bersahutan
kesombongan bergema
ketamakan mengalir
kekuasaan rakus mencengkam dunia
sungai darah pasti akan mengalir

andai
duka dibiarkan
kesukaan dicuri
maruah dirompak
nescaya tangisan mengekori


andai
manusia tahu
siapakah dirinya
dgn mksd sebenarnya
akan bersahutan azan berkumandang
disertai langkah org yg menginsafi
dgn kebencian pd durhaka dunia

andai
topeng manusia
membaca coretan ini
pasti kebodohan dikenang kembali
yang membawa duka seribu wajah
menyelimuti ruang terbentang luas







Thursday, September 25, 2008

cara mendapatkan sifat mahmudah

jalan utk mendapatkan akhlak yg mulia @memiliki sifat mahmudah telah digariskan oleh Rasulullah SAW, para sahabat r.a dan ulama-ulama sufi ratusan tahun yg silam. hasil dr itu mereka tlh mencapai satu ketinggian dan kehormatan di sisi Allah SWT.

bukan mshj mereka ini menjadi org-org Allah dlm membangunkan peraturan di atas muka bunmi ini malah kehidupan mereka telah menjadi suri teladan kpd generasi yg kemudiannya krn meeka telah memaparkan berbagai-bagai kebaikan dan kebajikan yg boleh diikuti oleh setiap manusia.jadi kita kene tabah utk menempuh jalan-jalan itu utk mendapat sifat-sifat hati org-org soleh zaman dhlu.

diantara jalan-jln itu tlh menjelaskan oleh Alquran dan telah diamalkan oleh Rasulullah iaitu dgn memiliki ilmu pengetahuan sbgai penyuluh perjlnn nafsu dan gerak geri hati kita. ilmu yg sesuai utk memyuluh dan mengesan hawa nafsu serta syaitan ialah ilmu tasawwuf.

dgn ilmu, br lah kita tau kehendak nafsu bercanggah dgn syariat dan dimurkai oleh Allah.di dalam proses kita utk melawan nafsu yg bercanggah dgn alquran dan sunnah nie, kita akan merasa pd satu thp iaitu satu penderitaan di dlm hati.jgn lah risau sekiranya ia berlaku krn ia adalah petunjuk menandakan kita sedang melawan hawa nafsu @ bermujahadah. benda ni berlaku pada awal permulaan mujahadah krn selama nie, kita asyik terbiasa dgn nafsu jahat .

selepas je kita berlwn dgn hawa nafsu, maka kita kene bt latihan jiwa. yup, peringkat nie mmg ssh skit coz ia tidak sama dgn senaman badan etc. contohnya, melatih diri jd pemurah, jgn kedekut. so, kita kene lah mencari org fakir,anak yatim atau sesiapa saje yg memerlukan pertolongan agar kita dpt menyumbang harta dan wang ringgit kpd mereka. dlm latihan jiwa, kita tak blh lah menunggu org dtg minta bantuan, baru nk hulur. tapi cara yg betul iailah kita yg pergi cari mereka. tak susah pun, nk seribu daya, xmau seribu dalih..

seperti yg dikatakan td, pd peringkat awal, agak berat utk dilaksanakan. namun, bila dah lama-kelamaan, nnt kia akan merasa kelazatan berbuat demikian. seperti kita merasa happy melakukan kebajikan dan kebaikan..lebih-lebih lagi profesion sbgi seorg doktor, mesti perlu disemai perasaan tu.begitu gak dgn bidang lain, masing-masing ada kelebihan.

now, bila kita dh sampai peringkat ni, maka kita dikatakan org yg dah mempunyai akhlak terpuji.
org yg memiliki akhlak mulia atau sifat mahmudah ini ialah org yg benar-benar berakhlak. sebab apa? sebab kalo seseorg itu blh bertawadduk, merendah diri, blh berzuhud dan sbgai nya, tp melakukannya dgn keadaan terpaksa dan blm merasa lazat melakukannya, maka peringkat tu dikatakan mujahadah.

jadi, org yg benar-benar berakhlak, ialah org sudah merasakan kelazatan dlm melakukan kebaikan. kalo tak dpt buat baik, jiwanya pula terseksa.sebab itulah bermujahadah@melawan nafsu perlu kita lakukan walau belum smpai peringkat lazat,kita tetap diberi ganjaran pahala drp Allah SWT.

perkara ini jika dilihat dr pengalaman seharian kita, agak susah utk dilaksankan.tapi ia tidak mustahil dan semua org blh bt.kita selalu mengaku kalah kpd hawa nafsu dan syaitan memperkudakan kita kpd jln yg dimurkai oleah Allah SWT.
Firman Allah SWT:
"adakah kamu melihat org yg menjadikan hawa nafsu sbgai tuhannya dan Allah membiarkannya menurut pengetahuanNya" (al jathiyah:23)

oleh itu,jgn lah kita anggap lawan nafsu sbgai perkara mudah dan ringan. ingatlah sabda Rasulullah SAW kpd sahabat-sahabatnya ketika pulang dr satu peperangan:

"kita baru pulang dr satu peperangan kecil kpd satu peperangan yg lebih besar." lalu sahabat bertanya: "peperangan melawan hawa nafsu"

oleh kerana melawan hawa nafsu ini berat maka kita hendaklah melakukan nya dgn bersungguh-sungguh hingga lahir akhlak yg terpuji dlm diri kita.

org yg memiliki akhlak terpuji, segala sifat-sifat itu menghiburkan dan menyeronokan jiwanya. dan org yg terhibur dgn akhlak terpuji dikatakan sebagai org yg bertaqwa.

pastu,dlm usaha mujahadah dan latihan jiwa td, tambahkan dgn latihan membenci perkara-perkara maksiat. mungkin pada peringkat awal kita benci kerana dasar takut melakukan dosa kpd Allah SWT, tp bila dh lama berbt demikian, automatik timbul perasaan benci kpd maksiat.

ingatlah sebuah firman Allah SWT yg menjadi panduan serta keyakinan utk kita tempuh jln ni:
"dan adapun org-org yg takut kpd kebesaran Tuhan-Nya dan menahan diri dr keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurga adalah tempat tinggalnya." (An - Nazi'at:40-41)

formulanya kat sini:
  1. memiliki ilmu pengetahuan
  2. latihan jiwa
  3. mujahadah
  4. latihan membenci perkara maksiat
moga jln-jln ini dpt kita lalui hingga akhlak-akhlak yg terpuji menjadi amalan hidup kita hari ni dan seterusnya...amin

Tuesday, September 23, 2008

cerita oversea dlm cerita(part 2)

Ramai nya org, terdetik di hati ku perasaan org islam berpusu-pusu msk ke dlm pusat beli beli. patutlah ramai kaum hawa dtg kesini, ad offer murah rupanya..erm,dimanakah ibuku pergi,sudah hilang dr pandangan mata disebalik kesibukan org membeli.

lalu ak menolak troli ke bhgn menjual brgn ikan dan sayuran. offer price bukan main lagi. disitu, baru ku lihat kelibat ibuku sedang membelek-belek brgn dan ku terus menolak troli.
"tolong gi timbang ni ye,"ibu ku meminta pertolongan dan ak terus mencapainya utk dibawa ke kaunter peminbang.
Aik, mana pulak org yg menjaganya?dh hilang.lama gak tggu smpai org tu dtg. dlm tempoh tu, ak terlihat pintu sebuah stor simpanan barang di supermarket tu. ramai pekerja rakyat asing sedang memunggah barang. barangkali utk disimpan bg stok raya nnt..hehehe..sementara mencari org yg incharge penimbang tu, tiba-tiba ku ternampak jelingan sedih dr seorg pekerja rakyat asing pakistan disitu. hairan, nape lak bt muka sedih..lol

Then, my heart said myb he is trying to remember his family. Deep in his heart want to see his family shopping like the Malaysian do. But, what can he do. He needs to come to Malaysia and seek for the money. Only one thing in his head-help his family.  Like my father’s story. Every day, the foreigner from Indonesian and Burma working hard and always work till the mid night (overtime). Some of them can earn around RM1500 per month. Wow, maybe i need to learn their spirit to survive in over sea. Study and study always.  Medical is very hard. Needs more motivation to survive. Plus face the cadaver every day. Hoho..lots of fun..

I remember.


"Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang amat baik dari apa yang telah mereka usahakan, dan Allah amat cepat hitungannya." Al Baqarah Ayat 202

every one can success if we working to it. No matter what people said, we need to face it.

Donald Trump said:

“I Accept Critics. I Listen To The Bad And I Hear The Good. Whatever People Put A Bad Critic On Me, My Business or My Job, I Just Ignore Them”.

Monday, September 22, 2008

amanat Allah SWT

Allah SWT berfirman:
"sesungguhnya telah Kami amanatkan kpd langit, bumi dan gunung-ganang, lalu mereka enggan memikulnya dan takut menerimanya, kemudian amanat itu dipikul oleh manusia..."
(Q.S.Al ahzab:72)

disini, kita perlu faham apakah yg dimaksudkan dgn amanat.pengertiannya adalah perintah taat yg mempunyai akibat pahala dan dosa(seksa). namun menurut al-Qurthubi diertikan sbgai agama sedangkan Ibnu Mas'ud membatasinya kpd soal harta. malah kata Abu Darda', mandi jinabat pun termasuk amanat. tapi kata Ibnu Umar berkata awal mula yg diciptakan Allah bg manusia adalah farajnya dan itu merupakan amanat yg mesti digunakan scr benar. jika engkau menjaganya ia akan menjagamu. bahkan faraj, telinga, mata, perut, tgn dan kaki semua nya adalah amanat. tidak beriman bg org yg tidak punya amanat.
Al-Hasan berkats,"Allah menawarkan amanat kpd langit, bumi dan gunung seraya berkata,"jika kau laksankan dgn baik dpt pahala, jika tidak maka diseksa,"lalu mereka berkata,"kami tidak menyanggupinya." mujahid berkata,"ketika Allah menjadikan Adam as, ditawarkan amanat itu padanya. penawaran kpd langit, bumi dan gunung adalah penawaran pemilihan. bukan penetapan. sedangkan penawaran kpd Adam adalah penetapan. 

"sesungguhnya dia (manusia) itu zalim dan bodoh..."
(Q.S.AL Ahzab:72)
Ibnu Abbas berkata,"Amanat itu ditawarkan kpd Adam."dikatakan kepadanya,"jika kau taat, diampuni. jika derhaka, kau akan terseksa." Adam menjawab,"ak menerimanya." namun dalam jarak kira-kira2 Asar hingga malam hari itu juga, Adam as telah melanggar dgn memakan buah khuldi. amanat merupakan manifestasi dr iman.sesiapa menjaga amanat Allah, tentu Allah akan menjaga keimanannya.

Rasulullah SAW bersabda:
"umatku sentiasa baik selama tidak menjual amanat dan menggadaikan kejujuran."

menjaga amanat adalah sifat malaikat, nabi dan rasul serta org-org muttaqin. Allah SWT berfirman:

ertinya: sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyampaikan amanat kepada org yg berhak.."
(Q.S.An Nisa':58)

maksud ayat ini bersifat umum. baik penguasa mahupun lainnya. bagi penguasa wajib menginsafkan org-org yg dianiayai dan memberikan haknya serta menjaga harta kaum muslimin khususnya anak-anak yatim. demikian itu adalah amanat bagi ulama wajib mengajarkan agama kpd org awam. ini amanat baginya dan bagi org tua wajib mendidik anaknya sebab itu merupakan amanat baginya. Rasulullah SAW bersabda:

"setiap kamu adalah penjaga.dan setiap kamu diminta tanggungjawab tentang penjagaannya."

 Dari Qatadahra, dia berkata:seseorg lelaki berkata,"wahai rasulullah! apakah jika ak terbunuh di jalan Allah dgn sabar menghadapinya dan tidak lari, Allah akan mengampuni kesalahanku? nabi menjawab, "ya." lelaki itu berpaling lalu dipanggil lagi, seraya rasul berkata,: Allah mengampuni setiap dosa mati syahid kecuali org yg berhutang."

cerita oversea dlm cerita (part 1)

"Wah, best nyer lauk sahur nie"kata ku, lalu ku segerakan tangan utk mengambil juadah yg terhidang.lalu abah pun turun keruang makan dan berkata kpd ku,
"mlm td abah prgi mlht anak kwn abah fly ke rusia,"
"owh,tp program along lain dr dia,"kata ku yg membahasakan diri sbgai along. dari raut wajah nya, ku melihat sesuatu yg tidak kena.
"kenapa bah?"ku bertanya. abah termenung sebentar dan ibuku  seperti mengerti makna tersirat disebalik itu.
"anak kwn ayah tu, xde pun bersedia sepenuhnya mcm kamu,"abah mula bersuara. pada ketika itu, ak mula bingung kpd mksd 'bersedia'.

"dia, xde pun beli brg yg lgkp, smua nya yg telah sdia ada sekian lama sejak di MRSM dulu, tiada beg tarik yg besar mcm yg kamu beli tmpoh hari,smua hand luggage je dan sedikit pakaian yg dibawa. blazer pun, mcm sudah blh dianggap baju lengan pendek.." abah ku merenung ku..hairan nya, xpernah abah sebegitu rupa..
tetiba-tiba ibu mencelah.."kamu tau x along,adik beradik dia ramai, sdh tntu ssh utk membt persediaan,mmm...kamu ada lagi brg yg xlengkap..petang nie abah nk gi bandar.blh beli brg tu.."

"erk"...ak xblh berkata-kata..hati ku tetiba terusik dgn luahan abah tu..bila diingat kembali, sudah banyak wang dibelanjakan utk persediaan ku, sedangkan, kwn seangkatan dgn ku itu mungkin hanya bemodalkan beberapa ratus ringgit shj..

selepas bersahur, ku meluru ke bilik, melihat isi dlm beg utk dinilai..erm..byk nya,
ttb terdetik dihatiku, rs kesyukuran trhadap Allah SWT, betapa nikmatnya yg telah Allah berikan kpd ku....

tipuan dunia ini

Allah Azza Wa Jalla berfirman:
"....mereka itu senantiasa berselisih. kecuali orang yang dikasihi Tuhanmu...."
(Q.S.Hud:119)
Ini adalah post yg pertama dlm blog ini, sngaja dipilih tajuk ini utk peringatan diri dan anda smua sblm bermulanya impian yg seterusnya. Dunia yg dikatakan indah ini adalah pengkhianat dan penipu belaka. dgn bijaknya ia menipu dan memfitnahmu....

sebahagian mufasir berpndpt bhw mereka itu senantiasa berselisih dlm soal rezeki. ada yg kaya dan ada yg miskin.oleh itu, semestinya org yg diberi rezeki mahu bersyukur dan menggunakannya utk kebaikan. tidak sepatutnya melambat-lambatkannya.
"....sebab itu janganlah kamu terpedaya oleh tipu daya (syaitan)."
(Q.S.Luqman:33)
org yg bodoh adalah org yg menurutkan hawa nafsunya beserta penuh keinginan belaka.
Seorang penyair berkata:
demi umurku,
pemuja dunia akhirnya akan menyesal juga,
bila dunia terus pergi dia merasa rugi,
bila dunia datang keinginan pun terus memuncak.

Ibnu Bisam berkata:
herdiklah dunia dan hari-harinya,
ia hanyalah membawa duka, 
kehausannya tidak pernah terpenuhi, 
terus sahaja ingin memiliki,
sungguh menghairankan,
ia musuh tapi dirindukan.

setengah hukama berkata kepada temannya,"telah aku perdengarkan padamu orang yg berdoa dan kuberitahukan pada mu org yg mencari. tidak lebih besar bahaya seseorg drp org yg mensia-siakan keyakinan dan salah langkah." 

Ibnu Mas'ud berkata, "ilmu cukup utk menakutkan org kpd Allah sedangkan kebodohan membuatnya sombong terhadap Allah,"

Rauslullah SAW bersabda:
"sesiapa yg menyintai dunia dan mengagungkannya, hilanglah ketakutan terhadap Akhirat dari hatinya."

Juga setengah drp mereka mengatakan, "org akan berduka jika kehilangan dunia dan akan gembira bila mendapatkannya. sedangkan salafus soleh lebih zuhud terhadap apa yg dihalalkan bg mereka drp kamu terhadap apa yg diharamkan bgmu. sungguh hal yg dianggap tidak apa-apa menurutmu, justeru dianggap membahayakan oleh mereka."

beberapa syair karya Mus'ar bin kaddam ini sering diperdgrkan oleh Umar bin Abdul 'Aziz:

wahai org-org yg tertipu oleh dunia!
siang kau tidur dan malas
malam pun kau tidur dan hina
kau tertipu oleh sesuatu yg fana
kau bahagia dlm khayalan
persis org tidur yg tertipu dgn kelazatan
akhir kesibukanmu hanya kebosanan
demikianlah kehidupan haiwan-haiwan

oleh itu, marilah kita merenung kembali dan muhasabah diri kita sendiri. adakah kita golongan yg dahagakan dunia utk kesenangan semata-mata atau mencari bekalan di dunia utk hari kebangkitan kelak.
seorg manusia apabila telah dilahirkan kedunia adalah seorg musafir utk menuju ke alam yg kekal abadi. sifat seorg musafir ialah mencari bekalan utk menuju ke destinasi yg dituju . apakah yg dimksudkan dgn 'bekalan'?
adakah 'bekalan' yg kita cr selama ini mencukupi utk jarak perjalanan yg jauh ini?
sekiranya kita dpt menyedari kealpaan kita walau sekecil zarah sekalipun, lantas ia akan menghasilkan bibit-bibit keinsafan dlm hati sanubari kita. berdoa lah pada Allah spya kita diampunkan dosa-dosa yg lalu..