web 2.0

Wednesday, June 3, 2009

jika itu kisahnya

jika ku mengerti dahulu,
tentu akan ku jauhi,
jauh hingga hilang dari pandangan mata..

jika ku tidak mengetahuinya,
betapa rugi nya diri ku ini,
lalai dan alpa dalam kegelapan lorong sunyi..

jika daun berguguran beribu bilangannya,
tentu tidak sama dengan titisan mata ku menyesali,
seakan menyentap kebodohan ku selama ini..

alangkah indahnya laut di pantai ini,
tenang dan laju membawa ombak,
tapi dulu diri ku tidak pernah untuk mengerti erti kekesalan..

lihat si burung berterbangan di angkasa yg luas,
sentiasa berzikir dan bersolat kepada Nya,
tetapi manusia pula berkejaran-kejaran di dunia malap ini..

jika dunia yg kucari@wanita yg kucari,
nescaya di akhirat kelak aku merana..

namun,
masa tidak akan berundur kebelakang,
ia pasti akan berlalu meninggalkan ku..

alahai kealpaan ku ini,
hawa nafsu sudah berpaksi,
akal pertimbangan menjadi suruhan abdi..

pejaman mata ini untuk selamanya akan tiba,
bagaimana ingin ku menghadapi Nya nanti,
kerna di dunia hanya kelalaian semata-mata..

aku menangis bersendirian,
memeluk tubuhku yang mengigil ketakutan,
ingin saja ku meraung sekuat hati..

Ya Allah Yang Maha Pengampun,
daku menyesali segala yg perbuatan ku ini,
maafkan hamba Mu yg hina ini,
akan ku berjanji utk meninggalkannya,
untuk selamanya,

ku mengerti azab yang bakal menimpa ku kelak,
sungguh jika manusia yg melihatnya akan menangis ketakutan,
merayu untuk bertaubat dan memohon ampun..

maafkan hamba Mu ini Ya Allah,
kerna hayat ku akan berakhir tiba,
menanti waktu ajal itu memanggil nama ku..

akan ku tangisi sepenuh hati di alam kubur nanti,
untuk menanti tibanya himpunan di padang masyar kelak,
dan menanti balasan dari Pencipta sekelian alam..



Thursday, May 28, 2009

bila rasa itu ialah sepi

mm..tak tahu nak tulis apa..tiba2 terasa nk menulis, sbb ttb lak trs sepi..myb sbb smua housemate blk malaysia kot..(best nye)..dh nk hbs 2 minggu utk short term break..best gak gi Goa.. dpt main water sport and tgk dolphin di laut..huhu..pengalaman yg best..xsangka ada dolphin kt Goa..tp mlgnye,xdpt tgkp gmbr sbb ikan tu laju sgt melompat..

Goa is a nice place, tp cuma tak sesuai utk org islam sbb banyak parti and org barat kat situ.. arak bermaharajalela disitu..yg plg glamour kingfisher..pastu byk restoran tak halal sbb ada jual khinzir skali.. actually, pizzahut pun tak ble makan walau manager dia kata halal@ separate kitchen sbb it still jual khinzir gak..pinggan mangkuk smua perlu disertu, br ble gn..

mm..boring gak dok sorg2..tak tau nk gi mana..ttb teringat ms kat Goa,terjmp warung kedai org muslim, tp mahal ala hotel..and food kt situ xsedap langsung..teruk gak org islam disana sbb dgn angkuh dia menjawab:
"hanya kedai ini kedai muslim di kwsn ini, so, kene dtg sini" lebih kurg la translet nye..
ada tu, org islam yg nk offer jual tiket disko, Ya Allah, teruk gak hati org ini, tergamak jual tiket disko..
nth apa la org islam tu nk, dh la mengaku dia muslim, tp dgn tak segan silu menjual tiket haram tu..
ayoyo.. nsb baik kat bangalore tak terjumpa smua tu..alhamdulillah..tp kadang2, pakcik auto yg muslim lg teruk layan pelanggan..ada skali tu, gado skit sbb dia nk gak mnt extra after dh sampai kat kolej dari grapes view..

mudah-mudah, iman kita semakin kukuh jika diuji segala dugaan, kene byk bersabar dgn dugaan Nya..
jgn la kita menjadi org islam, tp tak mengamalkan langsung ajaran nya..

p/s: hr tu,ada usrah online, my naqib said, tutup aurat tak sama dgn bungkus aurat..

Saturday, May 23, 2009

bila ia tidak dirasai

dulu,
semua nya indah,
bak kata org,
dunia nie terasa indah,
best betul...

masa tu,
setiap hari aku rasa hepi,
macam dunia nie aku yg punya,
asyik ketawa je memanjang..

setiap hari yg berlalu,
tak terhitung berapa kali aku senyum,
asyik hepi je..

tapi,
tiba-tiba ia ditarik balik,
adoi..
susahnya terasa,
macam kehilangan sebahagian dari hidup,
org tua pernah berkata,
tido tak lena,
mandi tak basah,
makan pun tak kenyang..

hurm..
aku termenung jap,
ishh..
mm..
sedihnya..
bila ia tidak dirasai..

baru sekarang aku sedar,
hidup ini banyak dugaannya,
hakikat kehidupan namanya nie..

Thursday, April 30, 2009

seorg budak di tepi padang..

ada seorg budak,
sedang duduk di tepi padang,
hari-hari dia duduk situ,
melihat org lain bergembira yg sedang bermain,
lalu dia mengesat mata nya,
ku disangkakan habuk yg memasuki mata,
rupa-rupanya,
tangisan yg dikeringkan..
terkedu daku seketika..
ada org yg lebih sedih dariku..
tersentap ku dari lamunan kesedihan,
dan aku memandang erat wajah nya,

rasa kasihan melihatnya,
diusia muda sudah merasai keperitan,
apatah lagi diriku,
sudah byk nikmat yg telah Allah berikan,
seharusnya aku bersyukur,
kerana aku merasai nikmat Allah swt,
terasa bodohnya diri bila bersedih,
kerana hanya diberi sedikit dugaan,

budak itu berdiri dari tempat duduknya,
membetulkan pakaian yg sudah lusuh warnanya,
lalu membuka langkah satu persatu,
ku melihat arah dia menuju,
perlahan-lahan dia menuju ke lorong sepi,
yg kutahu ia jalan ke pondok usang,
hanya menanti jatuh menyembah ke bumi..

tidak terucap lagi bibir ku,
kerana ada org yg lebih kuat dugaannya berbanding diri ku,
daku memegang erat pena ku,
tiba-tiba pipi ku dibasahi air mata,
aku mendongak ke langit,
memandang dgn penuh kesyukuran,
atas nikmat yg diberi kpd ku,
lalu ku berdoa,

Ya Allah,
Engkau kuatkan lah hati hambamu ini,
atas segala dugaan yg Engkau berikan,
Ya Allah,
ampunkan lah diri ku,
sesungguhnya daku telah menzalimi diri sendiri,
hanya Engkau sahaja tempat ku bergantung,
daku merayu kepada Mu,
semoga hidupku,
diberkati oleh Mu..


Tuesday, April 28, 2009

menangis lah..

bila manusia menangis, tangisan nya menyuluh jiwa, air mata yg jatuh berguguran menerjah pipi, mengingati sesuatu yg sedih..

sedih merupakan satu perasaan yg semula jadi..adakala nya sedih membuatkan kita lebih baik dr sebelumnya manakala ada kesedihan yg membuatkan diri kita merana...

air mata yg jatuh berguguran kerana mengenangkan dosanya lebih baik dan disukai oleh Allah swt.
setitis air mata yg jatuh kerana takut kpd Allah swt bagaikan satu cahaya bergemelapan dikala kegelapan..

jika si pencinta dunia menangis, sudah tentu hanya dunia yg difikirkan..
jika si pencinta akhirat menangis, sudah tentu kebahagian yg kekal abadi bersamanya..

menyusuri anak-anak sungai air mata yg mengalir dari penjuru mata kerana takut jika ibadah nya tidak diterima, kerdipan silau cahaya menyinari hidup nya..

hidup kita pasti ada cabaran nya..

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH SWT mengetahui sedangkan kamu tidak.” (al-Baqarah:216) 

jika kita bergembira, pernah kah kite terfikir saat kelak kematian kita yg berada di belakang kita.
kubur sudah berada di hadapan kita,
hanya menunggu masa ajal kita sampai,
lalu kita dihidupkan semula utk menghadapa Allah swt..

saat kematian itu sgt menakutkan bg si pencinta dunia
namun
ia membahagiakan bg si pencinta akhirat..

Monday, April 27, 2009

waktu sesaat ini

indah nya ciptaan Allah ini, segalanya sempurna baik di muka bumi ini dan alam semesta ini.
rasa syukur dgn nikmat yg dikurniakan semakin meningkat, rasa dekat nya hati ini dengan Tuhan ku yg telah menciptakan aku..dari setitis air mani dan disenyawakan bersama ovum, akhirnya terbentuknya diri ku ini. lengkap segala-galanya, tiada cacat cela, semua nya sempurna..

begitu mendalam nya perasaan ini, rasa sunyi walau pun mempunyai ramai teman yg slalu menjadi rakan dlm gurau senda..baru td, ku teringat kata-kata ini.."rumah ku syurga ku"

dirumah, semua nya ada seperti mana diluar sana(kedai,sekolah, etc), namun, hanya satu yg membezakan antara satu rumah dgn rumah yg lain..apakah ia?

K-A-S-I-H-S-A-Y-A-N-G..

sebagai mana hebatnya keluarga tersebut,ia bergantung kpd 11 huruf tersebut..
jika baik huruf tersebut,maka baiklah jiwa-jiwa yg menghuni rumah tersebut..
jika kurang huruf tersebut, maka kuranglah jiwa-jiwa yg aman yg menghuni rumah tersebut..

jika hebat huruf tersebut,semakin hebatlah kebahagian yg tercapai..
umpama kuasa ajaib yg tersembunyi..lahir dr jiwa-jiwa yg saling memahami, bermula dari keeratan 2 org insan yg melahirkan kita- ibubapa..

tanpanya, siapalah kita dimuka bumi ini..
tanpanya, tiadalah kita dilahirkan..
tanpa kasih sayang mereka, tiadalah kebahagian utk diri kita..
kasih sayang mereka adalah yg hebat utk kasih sayang sesama manusia..tiada insan lain yg hebat kasih sayangnya walau dibandingkan dgn teman istimewa kita..

pabila 2 org insan dicantum jiwanya, lalu membentuk istana yg kukuh, hidup bersama dibawah satu lembayung bumbung, berkongsi cerita suka dan duka yg melanda..sehingga yg duka menjadi riang, membawa perasaan "dunia milik kita"..

waktu sesaat ini, kita reflex semula diri kita..dimana aras kita..sudah lama kita tidak mencium tangan 2 insan ini..pernah kita terfikir,adakah kita masih sempat meminta maaf kpd org yg memberikan kita kasih sayang..

pembentukan satu hati akan berlaku jika semua jiwa-jiwa mengeluarkan satu cahaya nan indah dilubuk hati
C-I-N-T-A

duhai hati, bawalah kesedihan yg melanda ini keluar jauh..


Sunday, April 26, 2009

cerpen: bunga biru yg dicari..



"hujan pula hari nie. hurm,cmne nk kuar nie.."bentak hati ku. keinginan ku utk ke taman bersama teman utk berjonging tergendala.
termenung ku seketika memandang langit. indah nya ciptaan Allah swt. rasa syukur dan rendah diri pada Yang Maha Agung. ciptaan Nya sungguh sempurna..tiba-tiba,bahu ku ditepuk dari belakang..
"jom kuar..hujan sikit je.."pujuk kwn ku smbil memandang tepat kearah wajahku..aku hny mengagukan kepala sahaja tanda sebagai setuju. senyum terukir di bibir,berdoa agar aktiviti riadah ku ini diberkati oleh Allah.

"lama sudah tidak kita jongging kan..entah-entah,dh banyak bunga kat taman tu..haha.." kata ku sampai ketawa kecil..dah lama tidak ku merasai gembira..kesedihan yg kualami dahulu membuat diri tenang ku menjadi gusar, siang ku menjadi malam. sampai saat ini,aku masih tidak mengerti..
 
jarak dari rumah ku ke taman hanya sejauh 300 meter. kenderaan semakin bertambah menyusuri lorong nie. mungkin bilangan penduduk sudah semakin bertambah..
"PIN!" bunyi horn kedengaran dari belakang.daku menoleh sebentar, mencari empunya kenderaan itu.

"oit,korang nk gi mn nie?jog ke?" sapa kwn ku, Malik namanya..
"Ya Allah,kalo ye pun,bgla salam dulu..haah,kiteorg nk gi jog,nk joint?"bibir ku berucap,sedikit nasihat terkeluar sikit..mana tak nye,tetiba je horn hingga buat org len terkejut. betul tak?

"malik,jom la jog, dh lama kot tak kuar sama. ak tgk,ko slalu dok main piano je kat rumah..tak bosan ke? kata Fahmi,kwn ku yg join jog bersamaku..lupa utk ku memberi namanya diawl cete..huhu..

"mm..len kali la,lgpun,ak ada hal nie..maaf..kay..ak nk gi beli barang jap..salam.." jwp Malik sampai menghidupkan semula enjin motornya dan terus berlalu meninggalkan kami..

"waalaikumussalam"...
Jalan dan terus jalan,akhirnya sampai jua ke taman..dah semakin cantik permandangan kat sini.lebih-lebih lagi,sekarang musim bunga, mesti banyak bunga yg sedang mekar..aku sebenarnya takde la suka bunga sangat,just suka-suka tengok sebab ia lawa..

setelah kami masuk ke trek jonging,langkah pun bermula..kali nie,jonging tak sebegitu laju sbb dh lama tak bersenam.huhu..kiri dan kanan kelihatan ramai family yg membawa tikar utk berkelah.mesti hepi kalo ada family yg bahagia..lahir dari perasaan kasih sayang yg suci dari sepasang manusia bergelar ibubapa yg hadir dgn keberkatan dr Allah swt..anak-anak dpt merasai kebahagian dan kasih syg secukupnya dari ibubapa mereka..seronok nya..dulu,daku selalu berkelah bersama family..sekarang,daku dh duduk jauh dr parent krn berjihad menuntut ilmu, bercita-cita utk membawa pulang segulung ijazah dan bekerja utk menyara keluarga..

"Fahmi,berhenti sekejap.nampak tu,bunga biru yg ku cari.." kata ku sampai memberenti kan langkah..tiba-tiba,hujan berhenti,seakan memahami perasaan ku.  rasa gembira tidak terperi lagi. senyumku sudah berlagu..
ku sentuh bunga biru itu..

"lawa nya bunga nie"..kata hatiku..linangan air mata tiba-tiba terkumpul di kelopak mata ku. memori ku datang semula..
"rindunya ku.."masa tu,hanya memori mengawal pemikiran ku..semakin jauh ku mengingati, semakin kuat ku memegang bunga biru tersebut..

tangisan kerinduan mula berlinangan..doa ku dlm hati ku..

Ya Allah
sesungguhnya,Engkau Maha Mengetahui,
apa yg aku merasai rinduku ini
Ya Allah
kuatkan la hati hambamu ini
tabahkan la hati ku ini
agar tidak ku menangisi 
benda yg berlalu
Ya Allah
berikan lah aku kebahagian yg Engkau redai
jika dia benar
dekatkan la hatinya kpd ku
jika dia bukan milik ku
damaikan lah hati ini dgn ketentuan Mu

"bersabarlah wahai shbt ku.jangan engkau tangisi benda yg berlalu.." pujuk Fahmi sambil memegang bahu ku, perlahahan-lahan dia menarik ku utk bangun smula dari duduk ku.



Friday, April 24, 2009

dari setitis tangisan


ketika di puncak,smua nya nmpk indah belaka..once kita kebwh,gelap gelita akan tiba menghiasi wktu..
masa tu,hanya tangisan yg menjadi teman kita..meraung..merintih keseorg menghadap tuhan yg maha esa.

masa itu la,kita merayu meminta pertolongan..kata hati yg terpendam bersuara..
"Ya Allah,kuatkan la hamba mu ini.." mengalir air mata kita mengenangkan sejarah yg sudah berlalu..
badan mengigil mengangkat tangan utk menadah, rasa takut kpdNya amat terasa..degupan jantung kian terasa..
mencurah-curah air yg mengalir hingga ke pipi lalu jatuh menitis di pangkuan..

hina nya diri ini dihadapan Allah yg maha agung..diri kita selalu terleka dgn buaian dunia..
tidak dpt mengungkap kata-kata pedusta lagi di hdpn Allah walau sering berkata-kata manis dihadapan manusia .
hanya kalimah lailahaillallah bermain di minda..berlegar-legar hingga bunyi tangisan semakin kuat kedengaran..

tiada manusia yg tidak dpt lari dr melakukan kesilapan..walau kita telah melakukan dosa, pintu keampunan sering terbuka luas..kasih syg tuhan terbentang luas manakala kasih syg manusia selalu menipu diri..

biarlah org lain bercinta dgn dunia ttp biarlah kita benar-benar mencintai Allah swt.
biarlah org lain bahagia dgn kekasihnya ttp biarlah kita bahagia dgn Allah swt.
biarlah org lain berasa gembira dgn dunia ttp biarlah kita berasa gembira dgn Allah swt.
biarlah org lain melakukan kejahatan kpd kita ttp biarlah jgn sesekali kita melakukan kejahatan kpd org lain.
biarlah didunia ini kita menangis ttp jgn kita pula menangis di akhirat kelak kerana dosa kita.

kesedihan di hati ini hanya terubat bila bersama Allah swt.
kekosongan hati ini hanya terubat bila mendapat hidayah drp Allah swt.
kealpaan hati ini akan terubat jika kita taubat kpd Allah swt.
kemarahan hati ini akan padam bila kita mengingati Allah swt.
kegelisahan hati ini akan menjadi tenang bila kita mengingati Allah swt.

walau kita duduk di ceruk mana sekalipun,
jgn la kita berputus asa,
tadahlah tangan mu,
utk meminta keampunan dan rahmat drp Allah swt.
sesungguhnya, kiamat itu hampir tiba,
bertaubat la sblm terlambat.
kelak kita yg akan mendapat kebahagian drp Allah swt.

hiasi la diri mu dgn amalan-amalan.
dekatila diri mu dgn org yg blh membimbing mu.
jauhi lah diri dr sifat-sifat yg hina..
mudah-mudahan kita tergolong dr golongan yg mendapat syurga di akhirat

Thursday, April 23, 2009

dari pena kertas..

hari demi hari berlalu, semakin lama ku temenung kpd 'itu'..
rs sukar semakin mudah..
rs sedih smkn menghilang..
"itu" slalu bergelombang umpama ombak lautan..bergelora mengikut keadaan angin bertiup, jika kuat tiupan angin,maka kuatlah tenaga ombak yg dihasilkan..pukulan ombak itu blh mengubah pantai..mengubah mengikut acuan nya tersendiri..that why ble kita lihat kesan pukulan ombak..kalo di pantai Bagan Lalang Sepang, hakisan tembok blh dilihat..hingga ternampak kegagahan besi-besi menjadi tulang disebalik simen..jika pihak kontraktor tidak memperbaiki nya,maka bakal hancurlah tembok berkenaan..walau lautan hanya terdiri dpr molekul air yg byk.namun, ia mempunyai kekuatan..kekuatan utk menghakis tembok dan pasir di pantai..kdg2,kat Bagan Lalang,bila korek2 pasir..ttb anak ketam keluar..terkedek2 berjalan melarikan diri@ mengorek lagi pasir utk masuk kedalam nya..kalo dpt ketam yg besar,lagi best..ble bwk balik rumah..haa..lg satu, kalo ad hobi utk mengumpul cangkerang siput pun byk..

tp,kali nie,bukan ketam yg ingin diperjelaskan,huhu..
tp ombak,pasir dan tembok..

'itu' yg sy mksudkan ialah hati..
ombak pula ialah umpama nafsu..
pasir pula umpama iman kita..
dan tembok ialah diri kita..


jika hati kita sedih kerana dugaan,percayalah,ia adalah rahmat dr Allah swt sbb ia menjadikan kita kuat..
kalo kita xkuat menahan ombak(nafsu) maka hati kita akan mudah berubah umpama pasir( iman kita akan menurun) dan akhirnya..diri kita(tembok) akan pecah @ jatuh berderai kerana gagal kawal nafsu..

merintih la wahai sahabat ku kpd Allah SWT..kerana, ia akan mendekatkan diri mu kepada Tuhan mu..
berdoalah wahai sahabatku kpd Allah SWT..kerana Allah maha pengampun..
kasih sayang Allah SWT lagi hebat wahai sahabatku..kasih sayang sesama manusia tidak sama dgn betapa kasih nya Allah kpd kita..banyak nikmat yg Allah telah berikan kpd hambanya..

cuma kita sahaja yg tidak pernah mensyukuri nikmat yg telah diberi..
hari-hari kita hanya enjoy dan alpa segala yg ada..mungkin sekarang kita berada diatas, tp ingat la wahai sahabatku, mungkin suatu hari nanti,kita akan disoal di akhirat kelak atas segala perbuatan kita..
DUNIA bukan tujuan utama kita..paras rupa,kedudukan,kekayaan hanya sementara dan hanya pinjaman sehaja..yg kekal abadi hanya di ahkhirat kelak..mmg susah utk kita merasai kemanisan iman..tp percayalah, Allah sentiasa dekat kpd diri kita..semakin dekat kita kpd Allah, maka Allah lagi dekat lagi kpd diri kita..
mmg sukar sedikit utk kita mengambarkan hari akhirat kelak kerna tidak nampak didepan mata..tp once kita melihat org meninggal dunia..seperti mayat di slalu kita bedah isnin hingga rabu, dimana kah roh mereka?

mungkin sekarang kita mempersendakan org,mencaci org yg baik, mempergunakannya tanpa kita meminta maaf kepada insan tersebut dan kpd Allah SWT..hidup kita,jika kita xbrjaya kawal nafsu dan akal, maka hancurlah kita..org yg cantik ialah org yg baik akhlak nya,bukan berdasarkan luaran fizikal semata2..

nnt,lihat la video di link dibwh..azab di dlm kubur sudah dilihat sebelum kita semua dibangkitkan smula.
mudah-mudahan,kita mendapat keampunan drp Allah SWT.

hidup kita hny kpd Allah dan kepadanya tmpt kita akan kembali..

Sunday, April 19, 2009

bila seseorg itu bertaubat...


taubat adalah kembalinya kita kpd Allah swt setelah melakukan kesalahan..ia adalah rahmat drp Allah swt kpd hambanya utk kembali ke pangkal jln setelah tergelincir di alam kehidupan yg sementara ini..

setiap manusia tidak akan lari dr melakukan kesilapan..hatta,dlm perbualan kita seharian pn,myb pernah kite terungkap kata2 yg tidak elok tanpa disedari.Nabi Muhammad bersabda.."setiap anak Adam itu pernah berbuat kesalahan@dosa dan sebaik-baik org berbuat dosa adalah mereka yg bertaubat (dari kesalahan tersebut)".

Allah memberikan kite jln jalan kembali kpd ketaatan,ampunan dan rahmat-Nya dgn sifat-sifat-Nya yg maha penyayang dan maha penerima taubat..
"dan Akulah yg maha penerima taubat lagi maha penyayang." surah albaqarah,ayat 160

"sesungguhnya Allah menyukai org-org yg taubat san menyukai org2 yg mensucikan diri."surah al baqarah:222

bila kita bertaubat, ia akan menambahkan kecintaan kita kpd Allah swt..menjadikan diri kita lebih dekat kpd Nya..pernah sekali,kita melihat, dahulu,seorg nie perangai mcm teruk, then, bila satu ketika tatkala berlakunya peristiwa yg sedih melanda diri nya, dia bertaubat..pintu-pintu taubat selalu terbuka dan sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha penyayang..

firman Allah dlm surah al Imran,ayat 133..
"bersegeralah kpd ampunan tuhan mu dan kpd syurga yg luasnya seluas langit dan bumi yg disediakan utk org-org yg bertakwa iaitu org-org yg menafkahkan hartanya baik di waktu lapang mahupun sempit dan org-org yg menahan marahnya dan memaafkan kesalahan org dan Allah menyukai org-org yg bebrbuat kebajikan. dan juga org-org yg  apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiayai diri sendiri mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampunan terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yg dptmengampuni dosa selain drp Allah? dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu,sedang mereka mengetahui."

 hadis riwayat Imam muslim dr Abu musa Al-Asy'ari
"sesungguhnya Allah membentangkan tanganNya di siang hari utk menerima taubat org yg berbuat kesalahan pd malam hari smpai matahari terbit dari barat.."

dlm surah Tahrim,ayat 8
"hai org2 yg beriman,bertaubatlah kpd Allah dgn taubat yg semurni-murninya,mudah-mudahan tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yg mengalir di bwhnya sungai-sungai,pd hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan org-org yg beriman bersamanya,sedang cahaya mereka mengatakan"ya tuhan kami,sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami,sesungguhnya Engkau mahakuasa atas segala sesuatu."

taubat yg paling tinggi dihadapan Allah swt ialah taubat nasuha. taubat nasuha ialah bertaubat dr dosa yg diperbuatnya saat ini dan menyesal atas dosa-dosa yg dilakukan dimasa dahulu dan berjanji utk tidak melakukannya lg di masa akan datang..

oleh itu,apabila telah dtg seseorg yg telah mengaku kesalahan nya,maka bantulah dia..jgn berdiam diri sahaja..sekiranya seseorg itu pernah mmbt salah keatas diri kamu lalu dia bertaubat,maka maafkan la dia..jgn la menyimpan dendam lg..:)

Saturday, April 18, 2009

bila ia hadir..

ikuti cerita ini..

"sunyi nya...mengapa ye..bt smua kerja jd bosan.."

hati ku mengeluh..entah mengapa sejak akhir2 ini,smua bnd tidak menjadi..termenung sejenak diriku..kenapa ye..dulu tak pernah jadi cmni..

setiap hari,berputar2 jwpn ini di minda ku..ssh nye nk cari jwpn..pening kepala..
bila memandang buku,rasa malas meresap.."tido jap la,rehatkan minda"..ayat mudah utk berehat..
pada waktu malam,butir-butir tasbih yg dicantum dgn benang telah tersedia di tepi katil ku..
slalu,akan ku ambilnya lalu digunakan utk mengingati pencipta alam semesta ini..

tp mengapa sejak kebelakangan ini,tasbih itu hny ku pndg..linangan air mata sudah berlalu..
diriku sekarang sdh byk berubah.."Ya Allah,ampunila hambamu ini.."

kalo dihitung,sudah tntu berat dosa ku tlh bertambah..ya Allah.....

"bip!!" bunyi sms alert di hp ku..ak membacanya..dr sahabat ku..

"salam..mcm mn hari nie?ok?aku lht,ko dh byk berubah..mn diri mu yg dahulu..igt x ms skola dulu,kita stdy fiqh sama2.."

hanya linangan air mata menjadi teman ku malam..daku sudah lalai dgn kemewahan dunia yg hny sementara ini..hari2,daku hny tahu utk merungut kekosongan hati..kerna hati telah leka..
leka dgn duniawi..

pd malam tu,br hati ku terasa rindu yg teramat sgt kpd penciptaku..perjalanan hidupku skrg terlalu asing bt diri ku..gaya hidup islam amat memberi ketenangan drp gaya hidup ku yg telah berubah ini..

aku ingin berdiri semula drp tersungkur ditengah jln...
aku ingin kan hidayah drp Allah dan terus utk mengenggam nya..
aku tidak ingin terjatuh lg ke lembah kehinaan..
aku yakin perubahan ku akan membawaku kejalan yg diredaiNya..

daku menangis..mengangis dgn penuh keinsafan..insaf kpd dosa2 yg pernah ku lakukan dahulu..
tidak mahu lagi daku utk melakukan nya lagi..
..........................................................................................................................................................................

kita renung smula kisah ini..sebenarnya,jawapan yg dicari ialah kasih syg drp Allah SWT..
kita hanya musafir di muka bumi..iman kita boleh bertambah @ berkurang..pernah dahulu guru ku memberi nasihat,"parent kita dh byk berkorban,mereka menjaga kita dr dunia luar yg penuh kejahatan.. mungkin skrg kamu semua blm merasai kejahatannya.." pohon la pd Allah SWT supaya kita dipermudahkan..insyaallah..

sesungguhnya,hidayah itu milik Allah swt..hidayah itu sentiasa berlegar2 di hati kita semua..wahai kwn2 ku,marilah kita mengubah smula..renungkan la diri kita sebentar..
enviroment kita di IMS sudah menjadi sedikit tercalar..renungkan la..
kalo boleh,kita keluarla sebentar,kita peganglah hidayah itu hingga kita tidak sanggup lagi utk melepaskan nya lagi..biar ia menjadi penghuni tetap di hati sanubari kita smua..

Sunday, April 5, 2009

RAHMAT UJIAN..



Dalam Derita Ada Bahagia..
Dalam Gembira Mungkin Terselit Duka..
Tak Siapa Tahu..
Tak Siapa Pinta Ujian Bertamu..

Bibir Mudah Mengucap Sabar..
Tapi Hatilah Yg Remuk Menderita..
Insan Memandang Mempunyai Pelbagai Tafsiran..

Segala Takdir Terimalah Dengan Hati Terbuka..
Walau Tersiksa Ada Hikmahnya..

Harus Ada Rasa Bersyukur..
Di Setiap Kali Ujian Menjelma..
Itu Jelasnya Membuktikan Allah Mengasihimu Setiap Masa..
Diuji Tahap Keimanan Sedangkan Ramai Yg Terbiar Dilalaikan..
Hanya Yang Terpilih Sahaja..
Antara Berjuta Mendapat Rahmatnya..

Allah Rindu Mendengarkan..
Rintihanmu Berpanjangan..
Bersyukurlah Dan Tabahlah Menghadapi Segala Ujian Diberi..
Maka Bersyukurlah Selalu..

Sunday, March 29, 2009

from my friend

...JIKA KAMU...

Jika kamu memancing ikan....
setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil
terus ikan itu.... janganlah sesekali kamu lepaskan ia
semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit oleh
kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita
selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan
kepada seseorang... setelah ia mula menyayangimu
hendaklah kamu menjaga hatinya.... janganlah sesekali
kamu terus meninggalkannya begitu sahaja....
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan
mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia
mengingatimu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan
terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah
menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya
semula.... akhirnya ia dibuang.... sedangkan jika
kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah
seadanya....Janganl ah kamu terlalu mengaguminya dan
janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... anggaplah dia
manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan
kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....
Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan
jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan
hingga keakhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu
pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu
tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang
insan... yang kamu pasti membawa kebaikan kepada
dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah,
cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila
dia beralih arah

renung-renungkanlah..

p/s:fw from my friend....

Saturday, February 7, 2009

tenang dlm lena

bila kite berjalan,
sudah pasti terbit nya bayang-bayang diri,
yg keseorangan mengintai langit yang terbentang,
menangis kesepian tidak berteman,
tatkala dahulu melangkah dgn secebis kenangan,
disulam erat digengaman hati,
agar ia tidak akan terkeluar bila menanti gembira...

bila kite mendongak ke langit,
alangkah untung nya kepada pemikir perjalanan bumi,
kerna mengerti erti sebenar benar kehidupan,
kita tidak akan keseorangan bila berduka,
kerana pasti ada sebuah sinar harapan,
yang akan menyinari bagaikan bulan dikala malam,
menerangi sanubari yg kian menyepi...

angin bertiup mendayu-dayu,
bagai memahami denyutan jantung yg berdebar,
menanti kedatangan si mutiara,
dari penghujung dunia lautan biru,
muncul di atas jendela dunia,
memancarkan kilauannya memukau mata yg buta,
umpama memberi nafas baru kpd pemerhati bunga biru..

jika ditanya apakah ingin ku dikatakan,
terima kasih akan bergema diruangan angkasa,
kerna,
dia adalah kawan ku yg membantuku......
tatkala duka dia yg gembirakan diri ini...

lima kunci rahsia

Lima Kunci Rahsia

Dari Ibnu Umar r.a, dari Nabi SAW baginda bersabda:”Lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan Allah iaitu: 1) Tiada mengetahui apa yang tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan Allah. 2) Tiada yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari melainkan Allah. 3) Tiada seorangpun yang mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan Allah. 4) Tiada seorangpun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan Allah 5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan Allah.
 
(Bukhari)

Huraian :

Pemilik ilmu itu adalah Allah SWT. Tiada sesuatupun yang luput dari pengetahuan-Nya, yang nampak mahu pun yang tersembunyi di mana manusia dan makhluk lainnya tidak diberi ilmu oleh Allah SWT melainkan hanya sedikit sahaja. Ilmu manusia jika dibandingkan dengan ilmu Allah ibarat setitik air dalam lautan. Firman Allah yang bermaksud:” "Katakanlah : kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku meskipun Kami datangkan lagi dengan lautan yang sebanding dengannya sebagai bantuan." (al-Kahfi :109)

Wednesday, February 4, 2009

akhlak???

setiap hari,kite dpt melihat pelbagai ragam manusia..mmg beribu jenis..ad y baik and sebaliknya..kite terigt blk masa zaman SPM, ustazah cete psl akhlak.sekali dgr mcm boring,,tp sbnr nya pntg..kalo dulu kita bljar, mksd akhlak dr segi islam ialah himpunan prinsip dan nilai yg mengaturkan perlakuan mnusia yg digariskan oleh wahyu dan diletakkan displin-displin demi menjayakan matlamat kewujudan manusia di atas muka bumi...

dulu,mksd nie kene hfl sbb nk dpt markah exam,tp kite sndr kadg2 lupa gak, bljr bkn utk exam,tp utk aplikasi kan nya..dulu,kite ble tgk,markah pndidikan agama seseorg tu highest tp akhlak 0%..lebih kurg cmtu la perumpamaan nya..

akhlak yg mulia bukan sekadar pengetahuan je tp utk diamalkan...kadg2 org tu ada pengetahuan,tp xde kemampuan nk melaksanakan..

pernah tak kite muhasabah kembali, setiap perbuatan kite, adakah kite lakukan sesuatu perbuatan dgn berfikir dhlu sblm buat?????????

sebab seseorg yg mmpunyai akhlak yg baik akan buat sesuatu perbuatan yg baik tanpa perlu berfikir atau kata lain, tindakan automatik diri sendiri terhadap melakukan sesuatu perbuatan

dlm akhlak,terdpt gak rukun..first-ilmu iaitu seseorg itu ble tau antr yg benar dan slh...second- keberanian iaitu akal kite mampu control kekuatan marah yg tetiba je dtg atau dlm keadaan sempurna...third- kesucian iaitu kemampuan mendidik kekuatan nafsu melalui didikan logik dan syarak..dan last sekali- adil iaitu kemampuan atau kekuatan jiwa utk menguasai diri ketika marah dan bernafsu,,dan membawa kedua-duanya kearah kebijaksanaan..

Thursday, January 29, 2009

tidak jauh

dulu,dimata kita penuh dgn kegelapan, dunia luar begitu asing kpd kita, bisikan kejahatan menanti waktu...

selepas, kita dilahirkan ke dunia,kegembiraan dan tangisan kita membanjiri suasana keriangan, nama yg indah diberi, mengharapkan sesuatu yg baik diberikan kpd agama dan keluarga...

sekiranya kita alpa dgn keindahan nama dan doa ibubapa yg tidak pernah jemu memohon doa kpd Allah SWT, pernah kah kita terfikir apa yg akan berlaku kelak dgn segala perbuatan kita ini?

ramai org asyik dok berbicara,mahu diatas stage mengeluarkan saranan agama ataupun saling menegur antara sesama manusia, megenai sifat-sifat yg baik..dan selalu kita(pelajar IMS) lalu dihadapan cermin di hall...merenung kecantikan diri lalu tersenyum...tp apakah muhasabah diri...?  s

kita diajar untuk menjadikan hari ini lebih baik drp smlm..slalu kita dgr ungkapan emas ini...tp pernah kah kita berfikir dan merenung ungkapan ini...

ada kala nya,kita ingin kan perubahan...perubahan yg menampakkan kecantikan luaran dna kepuasan hati setiap individu....pernah kite terdgr kata-kata dusta ini...'erm...kita xthn la tgk org xpkai tudung..mcm best je'...tp pernah kah kita terfikir,jikalau hari ini ak memakai pkaian seksi@TIDAK menutup aurat, kita ble meninggal dunia dlm keadaan beriman?

di india,waktu solat utk thn 2009 sudah berubah, kita diberi jadual utk menunaikan solat..tp adakah solat yg kite lakukan 5 kali sehari itu dilakukan dlm keadaan khusyuk? sering kali kita dgr org buat BISING dlm surau..gelak sakan menganggu solat rakan-rakan..adakah kita (yg bergelak sakan masa org solat) nk diganggu sewaktu kita solat?

setiap manusia mempunyai pelbagai ragam...itu la keistimewaan manusia..tp, cuba kita fikir, brapa kali kita bersangka buruk dgn org len...menghalang kawan@memikirkan keburukan seseorg yg blm pasti kebenaran nya..merendah-rendahkan kawan...semangat asabiah @ negeri begitu tebal...mengapa kita slalu suka bergosip dari membaca buku?..asyik dok fikir keseronakan remaja sahaja...

waktu sekarang memang masa yg best-waktu remaja..ramai kawan,duit etc...tp pernah kah kita bersedia utk masa hadapan jika kita keseorgn nnt..tidak mustahil kawan kita dahulunya rapat dgn kita akan meninggalkan ktia sewatktu kita dlm kesusahan dimasa akan dtg kerana waktu sekarang sudah ada,kawan pijak semut pun tak mati..

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tuesday, January 20, 2009

untuk satu peluang

nan jauh matu ku melihat, deruan bayu keinsafan memukau si anak mata, melafazkan erti sebenar kebenaran yg disimpulkan, berkibar-kibar melepaskan sayapnya, meliputi segenap pelusuk angkasa raya..

apalah erti hidup jika diri terumbang-ambing, ingin mencari sinar, tapi mentari enggan entah ke mana, meraba-raba kealpaan mencari pelita kehidupan, kian malap dihitami jelaga kejahilan..

hidup ini hanya sekali, ingin belajar seluas buih dilautan, menimba sehingga tinggal tanda noktah, agar dada penuh dengan keilmuan, sebelum menanti waktu itu memanggil...

hanya ini yg kumahu, dlm konsep mencari kawan, bukan untuk ku memilih, tapi meminta kehormatan dibela, bukan salah utk mengkritik, tp biar berpada-pada...

aku ingin satu peluang, untuk berkawan mencari teman, menemani seperti burung-burung bernyanyi riang di rimbungan, utk hilang duka cita, mewarnai keceriaan, dan menghijauni hidupku..

bukan niat ku utk merampas sahabat, tapi utk berkawan semata-mata, tp silap entah dimana, dipandang buruk bila bersuara, lagunya sedap liriknya menyakitkan, membakar jiwa keikhlasan, agar disemai sifat ketabahan..

jangan lah manusia leka dunia, kecantikan diri hanya sementara, esok lusa entah dimana kita akhirnya...

berfikirlah, renungilah, siapa diri kita utk berkata buruk, tp ingatilah, tidak semua kawan menjadi kawan, tidak semua musuh manjadi lawan...............


Thursday, January 15, 2009

tidak berdaya mengundur diri

di dlm ketenangan, tiada apa yg merungsingkan minda, menbuai jiwa yg enak dibuai bayu kelembutan, aman di hati tidak terperi, bagai melihat dunia hingga ke hujungnya...

namun kota keindahan tersentuh jua, daun berguguran disergah angin, menusuk kalbu didalam kealpaan..

tangisan derita manjadi irama di radio udara, debu pepecahan menjadi lirik di dada akhbar, hingga linangan air mata menjadi saksi kebenaran di derita yg telah menderita..

ketidakwarasan kuasa di arena bumi kesepian menjadi rebutan, bunga-bunga kembang layu berduyun-duyun melihat ukiran kesedihan dimata kesempitan dunia...

gegaran sang penyudah pemutus bicara, kilauan bunga api menjadi permainan hiburan hati-hati kezaliman, melengkapi pemudah kata si kebutaan kewartawanan...

embun kesejukan berteriak, namun tiada yg memperdulikannya, kekecewaan terdampar namun tiada huluran tangan mendampingi setiap insan yg memhulurkan, bukan utk meminta tapi keadilan yg dicari..

doa-doa setiap umat akhir zaman, bagai cahaya kegembiraan utk mereka di palestin, mengharapkankan agar umat islam bersatu menentang kezaliman sang israel yg berjiwa batu.....



Sunday, January 11, 2009

lakaran

bila jiwa berkata, suram menjadi cerah, awangan di pusaran minda berpaksikan ilmu di celah, ingin menyerap sebuah idaman, agar menjadi impian kalbu....

jika hidup ini berjalan di taman, daun berterbangan di sapa angin, menolak rintihan di kota hati, menanti agar pintu kehidupan menyinari, menerangi sebuah dunia hijau...

siapalah gerangan ini utk berkata, tatkala smua manusia mngeruhkan air yg mengalir, tanpa menghiraukan hakikat masa yg berlalu, meninggalkan kita utk selamanya....

alangkah sucinya, jiwa manusia yg berfikir akan masa yg telah singgah, menjenguk kita dan berlalu begitu shj...

bila sekuntum menyebarkan kelopaknya, keindahan terselah di luaran sana, menarik si melihat utk mendekati, memetik dan disemai, utk mengindahkan rumah idaman...

cabaran liku silih berganti, menguji keutuhan seketul hati, melakarkan lakaran utk Kerana...

sejarah dihitung sekali lagi, mengingati jiwa berterbangan, lalu dilepaskan sayapnya utk kemari, mencari ilmu utk berjaya...