web 2.0

Saturday, February 7, 2009

tenang dlm lena

bila kite berjalan,
sudah pasti terbit nya bayang-bayang diri,
yg keseorangan mengintai langit yang terbentang,
menangis kesepian tidak berteman,
tatkala dahulu melangkah dgn secebis kenangan,
disulam erat digengaman hati,
agar ia tidak akan terkeluar bila menanti gembira...

bila kite mendongak ke langit,
alangkah untung nya kepada pemikir perjalanan bumi,
kerna mengerti erti sebenar benar kehidupan,
kita tidak akan keseorangan bila berduka,
kerana pasti ada sebuah sinar harapan,
yang akan menyinari bagaikan bulan dikala malam,
menerangi sanubari yg kian menyepi...

angin bertiup mendayu-dayu,
bagai memahami denyutan jantung yg berdebar,
menanti kedatangan si mutiara,
dari penghujung dunia lautan biru,
muncul di atas jendela dunia,
memancarkan kilauannya memukau mata yg buta,
umpama memberi nafas baru kpd pemerhati bunga biru..

jika ditanya apakah ingin ku dikatakan,
terima kasih akan bergema diruangan angkasa,
kerna,
dia adalah kawan ku yg membantuku......
tatkala duka dia yg gembirakan diri ini...

lima kunci rahsia

Lima Kunci Rahsia

Dari Ibnu Umar r.a, dari Nabi SAW baginda bersabda:”Lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan Allah iaitu: 1) Tiada mengetahui apa yang tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan Allah. 2) Tiada yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari melainkan Allah. 3) Tiada seorangpun yang mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan Allah. 4) Tiada seorangpun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan Allah 5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan Allah.
 
(Bukhari)

Huraian :

Pemilik ilmu itu adalah Allah SWT. Tiada sesuatupun yang luput dari pengetahuan-Nya, yang nampak mahu pun yang tersembunyi di mana manusia dan makhluk lainnya tidak diberi ilmu oleh Allah SWT melainkan hanya sedikit sahaja. Ilmu manusia jika dibandingkan dengan ilmu Allah ibarat setitik air dalam lautan. Firman Allah yang bermaksud:” "Katakanlah : kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku meskipun Kami datangkan lagi dengan lautan yang sebanding dengannya sebagai bantuan." (al-Kahfi :109)

Wednesday, February 4, 2009

akhlak???

setiap hari,kite dpt melihat pelbagai ragam manusia..mmg beribu jenis..ad y baik and sebaliknya..kite terigt blk masa zaman SPM, ustazah cete psl akhlak.sekali dgr mcm boring,,tp sbnr nya pntg..kalo dulu kita bljar, mksd akhlak dr segi islam ialah himpunan prinsip dan nilai yg mengaturkan perlakuan mnusia yg digariskan oleh wahyu dan diletakkan displin-displin demi menjayakan matlamat kewujudan manusia di atas muka bumi...

dulu,mksd nie kene hfl sbb nk dpt markah exam,tp kite sndr kadg2 lupa gak, bljr bkn utk exam,tp utk aplikasi kan nya..dulu,kite ble tgk,markah pndidikan agama seseorg tu highest tp akhlak 0%..lebih kurg cmtu la perumpamaan nya..

akhlak yg mulia bukan sekadar pengetahuan je tp utk diamalkan...kadg2 org tu ada pengetahuan,tp xde kemampuan nk melaksanakan..

pernah tak kite muhasabah kembali, setiap perbuatan kite, adakah kite lakukan sesuatu perbuatan dgn berfikir dhlu sblm buat?????????

sebab seseorg yg mmpunyai akhlak yg baik akan buat sesuatu perbuatan yg baik tanpa perlu berfikir atau kata lain, tindakan automatik diri sendiri terhadap melakukan sesuatu perbuatan

dlm akhlak,terdpt gak rukun..first-ilmu iaitu seseorg itu ble tau antr yg benar dan slh...second- keberanian iaitu akal kite mampu control kekuatan marah yg tetiba je dtg atau dlm keadaan sempurna...third- kesucian iaitu kemampuan mendidik kekuatan nafsu melalui didikan logik dan syarak..dan last sekali- adil iaitu kemampuan atau kekuatan jiwa utk menguasai diri ketika marah dan bernafsu,,dan membawa kedua-duanya kearah kebijaksanaan..