web 2.0

Sunday, February 14, 2010

bertukar ke alamat blog lain

terima kasih kerana datang..saya sudah berpindah ke link blog yang lain..

Wednesday, June 3, 2009

jika itu kisahnya

jika ku mengerti dahulu,
tentu akan ku jauhi,
jauh hingga hilang dari pandangan mata..

jika ku tidak mengetahuinya,
betapa rugi nya diri ku ini,
lalai dan alpa dalam kegelapan lorong sunyi..

jika daun berguguran beribu bilangannya,
tentu tidak sama dengan titisan mata ku menyesali,
seakan menyentap kebodohan ku selama ini..

alangkah indahnya laut di pantai ini,
tenang dan laju membawa ombak,
tapi dulu diri ku tidak pernah untuk mengerti erti kekesalan..

lihat si burung berterbangan di angkasa yg luas,
sentiasa berzikir dan bersolat kepada Nya,
tetapi manusia pula berkejaran-kejaran di dunia malap ini..

jika dunia yg kucari@wanita yg kucari,
nescaya di akhirat kelak aku merana..

namun,
masa tidak akan berundur kebelakang,
ia pasti akan berlalu meninggalkan ku..

alahai kealpaan ku ini,
hawa nafsu sudah berpaksi,
akal pertimbangan menjadi suruhan abdi..

pejaman mata ini untuk selamanya akan tiba,
bagaimana ingin ku menghadapi Nya nanti,
kerna di dunia hanya kelalaian semata-mata..

aku menangis bersendirian,
memeluk tubuhku yang mengigil ketakutan,
ingin saja ku meraung sekuat hati..

Ya Allah Yang Maha Pengampun,
daku menyesali segala yg perbuatan ku ini,
maafkan hamba Mu yg hina ini,
akan ku berjanji utk meninggalkannya,
untuk selamanya,

ku mengerti azab yang bakal menimpa ku kelak,
sungguh jika manusia yg melihatnya akan menangis ketakutan,
merayu untuk bertaubat dan memohon ampun..

maafkan hamba Mu ini Ya Allah,
kerna hayat ku akan berakhir tiba,
menanti waktu ajal itu memanggil nama ku..

akan ku tangisi sepenuh hati di alam kubur nanti,
untuk menanti tibanya himpunan di padang masyar kelak,
dan menanti balasan dari Pencipta sekelian alam..



Thursday, May 28, 2009

bila rasa itu ialah sepi

mm..tak tahu nak tulis apa..tiba2 terasa nk menulis, sbb ttb lak trs sepi..myb sbb smua housemate blk malaysia kot..(best nye)..dh nk hbs 2 minggu utk short term break..best gak gi Goa.. dpt main water sport and tgk dolphin di laut..huhu..pengalaman yg best..xsangka ada dolphin kt Goa..tp mlgnye,xdpt tgkp gmbr sbb ikan tu laju sgt melompat..

Goa is a nice place, tp cuma tak sesuai utk org islam sbb banyak parti and org barat kat situ.. arak bermaharajalela disitu..yg plg glamour kingfisher..pastu byk restoran tak halal sbb ada jual khinzir skali.. actually, pizzahut pun tak ble makan walau manager dia kata halal@ separate kitchen sbb it still jual khinzir gak..pinggan mangkuk smua perlu disertu, br ble gn..

mm..boring gak dok sorg2..tak tau nk gi mana..ttb teringat ms kat Goa,terjmp warung kedai org muslim, tp mahal ala hotel..and food kt situ xsedap langsung..teruk gak org islam disana sbb dgn angkuh dia menjawab:
"hanya kedai ini kedai muslim di kwsn ini, so, kene dtg sini" lebih kurg la translet nye..
ada tu, org islam yg nk offer jual tiket disko, Ya Allah, teruk gak hati org ini, tergamak jual tiket disko..
nth apa la org islam tu nk, dh la mengaku dia muslim, tp dgn tak segan silu menjual tiket haram tu..
ayoyo.. nsb baik kat bangalore tak terjumpa smua tu..alhamdulillah..tp kadang2, pakcik auto yg muslim lg teruk layan pelanggan..ada skali tu, gado skit sbb dia nk gak mnt extra after dh sampai kat kolej dari grapes view..

mudah-mudah, iman kita semakin kukuh jika diuji segala dugaan, kene byk bersabar dgn dugaan Nya..
jgn la kita menjadi org islam, tp tak mengamalkan langsung ajaran nya..

p/s: hr tu,ada usrah online, my naqib said, tutup aurat tak sama dgn bungkus aurat..

Saturday, May 23, 2009

bila ia tidak dirasai

dulu,
semua nya indah,
bak kata org,
dunia nie terasa indah,
best betul...

masa tu,
setiap hari aku rasa hepi,
macam dunia nie aku yg punya,
asyik ketawa je memanjang..

setiap hari yg berlalu,
tak terhitung berapa kali aku senyum,
asyik hepi je..

tapi,
tiba-tiba ia ditarik balik,
adoi..
susahnya terasa,
macam kehilangan sebahagian dari hidup,
org tua pernah berkata,
tido tak lena,
mandi tak basah,
makan pun tak kenyang..

hurm..
aku termenung jap,
ishh..
mm..
sedihnya..
bila ia tidak dirasai..

baru sekarang aku sedar,
hidup ini banyak dugaannya,
hakikat kehidupan namanya nie..

Thursday, April 30, 2009

seorg budak di tepi padang..

ada seorg budak,
sedang duduk di tepi padang,
hari-hari dia duduk situ,
melihat org lain bergembira yg sedang bermain,
lalu dia mengesat mata nya,
ku disangkakan habuk yg memasuki mata,
rupa-rupanya,
tangisan yg dikeringkan..
terkedu daku seketika..
ada org yg lebih sedih dariku..
tersentap ku dari lamunan kesedihan,
dan aku memandang erat wajah nya,

rasa kasihan melihatnya,
diusia muda sudah merasai keperitan,
apatah lagi diriku,
sudah byk nikmat yg telah Allah berikan,
seharusnya aku bersyukur,
kerana aku merasai nikmat Allah swt,
terasa bodohnya diri bila bersedih,
kerana hanya diberi sedikit dugaan,

budak itu berdiri dari tempat duduknya,
membetulkan pakaian yg sudah lusuh warnanya,
lalu membuka langkah satu persatu,
ku melihat arah dia menuju,
perlahan-lahan dia menuju ke lorong sepi,
yg kutahu ia jalan ke pondok usang,
hanya menanti jatuh menyembah ke bumi..

tidak terucap lagi bibir ku,
kerana ada org yg lebih kuat dugaannya berbanding diri ku,
daku memegang erat pena ku,
tiba-tiba pipi ku dibasahi air mata,
aku mendongak ke langit,
memandang dgn penuh kesyukuran,
atas nikmat yg diberi kpd ku,
lalu ku berdoa,

Ya Allah,
Engkau kuatkan lah hati hambamu ini,
atas segala dugaan yg Engkau berikan,
Ya Allah,
ampunkan lah diri ku,
sesungguhnya daku telah menzalimi diri sendiri,
hanya Engkau sahaja tempat ku bergantung,
daku merayu kepada Mu,
semoga hidupku,
diberkati oleh Mu..


Tuesday, April 28, 2009

menangis lah..

bila manusia menangis, tangisan nya menyuluh jiwa, air mata yg jatuh berguguran menerjah pipi, mengingati sesuatu yg sedih..

sedih merupakan satu perasaan yg semula jadi..adakala nya sedih membuatkan kita lebih baik dr sebelumnya manakala ada kesedihan yg membuatkan diri kita merana...

air mata yg jatuh berguguran kerana mengenangkan dosanya lebih baik dan disukai oleh Allah swt.
setitis air mata yg jatuh kerana takut kpd Allah swt bagaikan satu cahaya bergemelapan dikala kegelapan..

jika si pencinta dunia menangis, sudah tentu hanya dunia yg difikirkan..
jika si pencinta akhirat menangis, sudah tentu kebahagian yg kekal abadi bersamanya..

menyusuri anak-anak sungai air mata yg mengalir dari penjuru mata kerana takut jika ibadah nya tidak diterima, kerdipan silau cahaya menyinari hidup nya..

hidup kita pasti ada cabaran nya..

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH SWT mengetahui sedangkan kamu tidak.” (al-Baqarah:216) 

jika kita bergembira, pernah kah kite terfikir saat kelak kematian kita yg berada di belakang kita.
kubur sudah berada di hadapan kita,
hanya menunggu masa ajal kita sampai,
lalu kita dihidupkan semula utk menghadapa Allah swt..

saat kematian itu sgt menakutkan bg si pencinta dunia
namun
ia membahagiakan bg si pencinta akhirat..

Monday, April 27, 2009

waktu sesaat ini

indah nya ciptaan Allah ini, segalanya sempurna baik di muka bumi ini dan alam semesta ini.
rasa syukur dgn nikmat yg dikurniakan semakin meningkat, rasa dekat nya hati ini dengan Tuhan ku yg telah menciptakan aku..dari setitis air mani dan disenyawakan bersama ovum, akhirnya terbentuknya diri ku ini. lengkap segala-galanya, tiada cacat cela, semua nya sempurna..

begitu mendalam nya perasaan ini, rasa sunyi walau pun mempunyai ramai teman yg slalu menjadi rakan dlm gurau senda..baru td, ku teringat kata-kata ini.."rumah ku syurga ku"

dirumah, semua nya ada seperti mana diluar sana(kedai,sekolah, etc), namun, hanya satu yg membezakan antara satu rumah dgn rumah yg lain..apakah ia?

K-A-S-I-H-S-A-Y-A-N-G..

sebagai mana hebatnya keluarga tersebut,ia bergantung kpd 11 huruf tersebut..
jika baik huruf tersebut,maka baiklah jiwa-jiwa yg menghuni rumah tersebut..
jika kurang huruf tersebut, maka kuranglah jiwa-jiwa yg aman yg menghuni rumah tersebut..

jika hebat huruf tersebut,semakin hebatlah kebahagian yg tercapai..
umpama kuasa ajaib yg tersembunyi..lahir dr jiwa-jiwa yg saling memahami, bermula dari keeratan 2 org insan yg melahirkan kita- ibubapa..

tanpanya, siapalah kita dimuka bumi ini..
tanpanya, tiadalah kita dilahirkan..
tanpa kasih sayang mereka, tiadalah kebahagian utk diri kita..
kasih sayang mereka adalah yg hebat utk kasih sayang sesama manusia..tiada insan lain yg hebat kasih sayangnya walau dibandingkan dgn teman istimewa kita..

pabila 2 org insan dicantum jiwanya, lalu membentuk istana yg kukuh, hidup bersama dibawah satu lembayung bumbung, berkongsi cerita suka dan duka yg melanda..sehingga yg duka menjadi riang, membawa perasaan "dunia milik kita"..

waktu sesaat ini, kita reflex semula diri kita..dimana aras kita..sudah lama kita tidak mencium tangan 2 insan ini..pernah kita terfikir,adakah kita masih sempat meminta maaf kpd org yg memberikan kita kasih sayang..

pembentukan satu hati akan berlaku jika semua jiwa-jiwa mengeluarkan satu cahaya nan indah dilubuk hati
C-I-N-T-A

duhai hati, bawalah kesedihan yg melanda ini keluar jauh..