web 2.0

Thursday, April 30, 2009

seorg budak di tepi padang..

ada seorg budak,
sedang duduk di tepi padang,
hari-hari dia duduk situ,
melihat org lain bergembira yg sedang bermain,
lalu dia mengesat mata nya,
ku disangkakan habuk yg memasuki mata,
rupa-rupanya,
tangisan yg dikeringkan..
terkedu daku seketika..
ada org yg lebih sedih dariku..
tersentap ku dari lamunan kesedihan,
dan aku memandang erat wajah nya,

rasa kasihan melihatnya,
diusia muda sudah merasai keperitan,
apatah lagi diriku,
sudah byk nikmat yg telah Allah berikan,
seharusnya aku bersyukur,
kerana aku merasai nikmat Allah swt,
terasa bodohnya diri bila bersedih,
kerana hanya diberi sedikit dugaan,

budak itu berdiri dari tempat duduknya,
membetulkan pakaian yg sudah lusuh warnanya,
lalu membuka langkah satu persatu,
ku melihat arah dia menuju,
perlahan-lahan dia menuju ke lorong sepi,
yg kutahu ia jalan ke pondok usang,
hanya menanti jatuh menyembah ke bumi..

tidak terucap lagi bibir ku,
kerana ada org yg lebih kuat dugaannya berbanding diri ku,
daku memegang erat pena ku,
tiba-tiba pipi ku dibasahi air mata,
aku mendongak ke langit,
memandang dgn penuh kesyukuran,
atas nikmat yg diberi kpd ku,
lalu ku berdoa,

Ya Allah,
Engkau kuatkan lah hati hambamu ini,
atas segala dugaan yg Engkau berikan,
Ya Allah,
ampunkan lah diri ku,
sesungguhnya daku telah menzalimi diri sendiri,
hanya Engkau sahaja tempat ku bergantung,
daku merayu kepada Mu,
semoga hidupku,
diberkati oleh Mu..


0 comments: