kt shimla very cold,around 4-5 degree celcius..smua kwsn pergunungan..kiteorg smua gi naik kuda time tu on the 1st dy di shimla..pegalaman pertama naik kuda kt kwsn gunung,huhu..after tht,kiteorg smua gi shopping kat mall road..huhu..xde la best sgt tmpt tu,brg pn agak mahal..myb sbb pelancong kot..but from tht time,byk bnd yg xbest berlaku..rs geram and marah pn ada kt tourist guide..ada bdk sesat and etc..huh..
Sunday, December 28, 2008
holidays
kt shimla very cold,around 4-5 degree celcius..smua kwsn pergunungan..kiteorg smua gi naik kuda time tu on the 1st dy di shimla..pegalaman pertama naik kuda kt kwsn gunung,huhu..after tht,kiteorg smua gi shopping kat mall road..huhu..xde la best sgt tmpt tu,brg pn agak mahal..myb sbb pelancong kot..but from tht time,byk bnd yg xbest berlaku..rs geram and marah pn ada kt tourist guide..ada bdk sesat and etc..huh..
Sunday, December 14, 2008

Kategori : IBADAH Akidah |
Tajuk : |
Llmu, Iman Dan Amal |
Hadith : |
Dari Abu Musa r.a katanya, Nabi s.a.w bersabda:”Perumpamaan petunjuk dan ilmu pengetahuan yang Allah mengutuskan aku untuk menyampaikannya seperti hujan lebat jatuh ke bumi. Bumi itu ada yang subur menghisap air, menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan rumput-rumput yang banyak. Ada pula yang keras, tidak menghisap air sehingga tergenang. Maka Allah memberi manfaat dengan ia kepada manusia. Mereka dapat minum dan memberi minum (binatang ternak dan sebagainya), dan untuk bercucuk tanam. Dan ada pula hujan yang jatuh ke bahagian lain iaitu di atas tanah yang tidak menggenangkan air dan tidak pula menumbuhkan rumput. Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama yang mahu memanfaatkan apa yang aku disuruh Allah menyampaikannya, dipelajarinya dan diajarkannya. Dan begitu pula perumpamaan orang yang tidak mahu memikirkan dan mengambil peduli dengan petunjuk Allah yang aku diutus untuk menyampaikannya.” (Bukhari) |
Huraian Tarbiyah (pendidikan) yang semestinya dilalui oleh setiap muslim cukup banyak. Berbagai tarbiyah yang telah dilalui oleh para sahabat Rasulullah s.a.w sehingga menjadikan mereka memiliki iman yang teguh, bahkan membentuk mereka menjadi generasi terbaik. Allah berfirman: "Dan sesungguhnya jika mereka melaksanakan nasihat yang diberikan kepada mereka, tentulah hal yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (hati mereka di atas kebenaran)." (An Nisa : 66) Maka mempelajari ilmu agama adalah termasuk medan jihad yang paling mulia di mana daripada ilmu tersebut seseorang itu dapat berdakwah (menyebarkannya) kepada orang lain yang sekaligus menjadikan imannya semakin kukuh dan bertambah. Dia menyuruh manusia melakukan perkara–perkara kebaikan dan melarang daripada melakukan perkara kejahatan (maksiat) dalam ertikata bahawa ia bukanlah ulama’ bisu yang berlepas diri daripada apa yang berlaku di sekelilingnya sepertimana sabda Rasulullah s.a.w: "Di antara manusia, ada orang yang menjadi kunci kebaikan dan penutup kejahatan." (Ibnu Majah) Orang seperti ini juga sentiasa bergaul dengan para ulama’ untuk mendengarkan nasihat mereka. Inilah sifat orang yang belajar agama yang mahu memanfaatkan apa yang dipelajarinya dan dengan itu mereka mendapat pahala di dunia dan balasan yang baik di akhirat. |
Saturday, December 6, 2008
melangkah dewasa

hari nie sudah pun memasuki 6 disember dan tidak lama akan berlalu nya tahun 2008..sungguh pantas masa berjalan..dan tidak sedar bhw sy sudah pn melangkah kaki di India..baru rasanya berada di MCD di belakang bangunan MAIS Shah Alam..huhu..di Shah Alam la tmpt bermulanya, berakhirnya dan perintisnya...banyak kenangan best dlm thn 2008 nie..jatuh bangun nya sy berada di alam 2008..walaupun ianya hanya sekadar angka utk menentukan masa, tp ia membawa banyak makna dlm kamus hidup..
Sunday, November 30, 2008
Hari Terakhir Saya Sebagai Mufti Perlis..S.S Dr Asri Bin Zainul Abidin
Hari Terakhir Saya Sebagai Mufti Perlis..
Posted on Nov 30, 2008 under Kenyataan, Penjelasan |Hari ini adalah hari terakhir saya sebagai Mufti Perlis. Ini bererti, Pena Mufti kali ini adalah Pena yang akhir daripada saya bagi ruangan ini. Menjelang jam 12 malam ini, maka tamatlah tugasan saya sebagai seorang mufti di Negeri Perlis. Insya Allah, pada jam 10.45 pagi esok (isnin) saya akan bertolak ke United Kingdom bagi cuti sabatikal saya. Saya akan menyempurnakan –dengan izin Allah- kajian perbandingan mengenai tafsiran hadis antara fundementalis dengan orientalis.
Dua tahun sebulan saya menjadi mufti. Izinkan saya pada hari ini menceritakan sedikit pengalaman yang ringkas dalam tempoh tersebut. Bukan untuk menunjuk-nunjuk, sekadar berkongsi pengalaman dengan para pembaca yang selalu setia. Jika ada yang baik boleh diambil manfaat, jika ada yang buruk, wajar dijauhi.
Pada hari saya dijemput ke Perlis untuk menjadi mufti saya berfikir panjang apakah yang mampu untuk saya lakukan mengenai perubahan kefahaman dan minda rakyat. Mampukan saya menghadapi corak warna yang sukar diubah yang menguasai suasana. Beberapa hari selepas tawaran itu datang, Ramadan menjelang. Saya yang teramat lemah dan kerdil ini mengambil kesempatan dari dataran Ramadan yang penuh rahmat memohon pertolongan Allah agar diberikan kekuatan dan kemampuan agar saya mampu melakukan sesuatu.
Selepas ramadan itu, saya pun menerima tugas sebagai Mufti Perlis dan cuba melakukan tanggungjawab yang saya percaya saya patut lakukannya. Bermula pada saat itu, saya belum berehat menghadapi berbagai isu yang saya utarakan atau yang muncul dalam masyarakat. Atas slogan: “Kembalikan imej Islam” , “Islam dibina atas dalil dan fakta”, “Islam itu mudah”, “Islam memusuhi kebodohan”, saya berkuliah di sana-sini, berucap dalam berbagai majlis, membentangkan kertas kerja, memberikan pandangan yang berbagai di media, memenuhi berbagai rancangan televisyen, menghadiri berbagai dialog, menulis sekitar seratus lebih artikel yang melahirkan berbagai diskusi sepanjang dua tahun, menghasilkan buku, membuka laman web yang mendapat sambutan yang amat menggalakkan, berunding dan berbincang dengan berbagai pihak, pertubuhan, artis, pelajar dan lain-lain.
Namun saya terus yakin, masih ada ruangan baki tenaga yang barangkali saya belum gunakan sepenuhnya. Ada waktu saya terbuang kerana bersembang dan ceria bersama rakan dan sahabat yang kadang-kala mengambil masa yang lebih daripada yang patut. Ada juga ruang waktu santai yang kadang-kala mungkin boleh untuk dikurangkan.
Pun bagitu dalam tempoh dua tahun itu saya juga beberapa kali demam yang disebabkan lebihan bebanan kerja. Memerah otak lebih penat daripada memerah tenaga. Alhamdulillah, tidak boleh dinafikan juga, sokongan Kerajaan Perlis yang lepas dan Istana Perlis yang memberi ruang serta tidak pernah mengongkong saya adalah antara faktor yang melancar segala usaha.
Merubah bukit dan gunung kadang kala lebih ringan dari merubah minda manusia yang berakar umbi sekian lamanya. Bukit dan gunung jika diubah tidak akan bercakap, tetapi manusia jika kita ingin mengubah mindanya yang patut diubah, jika mereka tidak bersetuju, mereka bukan sahaja menolak, tetapi merencana untuk bertindak dan kita akan menghadapi padahnya. Bukit dan gunung tidak akan akan berdusta dan membuat cerita bohong mengenai kita, tetapi manusia yang tidak bersetuju akan melakukannya. Bukit dan gunung tidak akan hasad dengan kita, tetapi manusia jika dia hasad, segala kejadian dan cerita luar biasa akan tercetus.
Apapun saya rasa perubahan –alhamdulillah- telah berlaku dalam tempoh tersebut. Berbagai lapisan rakyat yang berjumpa saya menyatakan sokongan. Ribuan email sokongan diterima sepanjang tempoh tersebut. Walaupun tidak dinafikan masih ada yang memusuhi, prejudis dan menganggap saya mengganggu periuk nasi dan kerusi empuk mereka yang selesa terutama sebilangan mereka yang berjawatan dalam agama dan politik.
Dua tahun memanglah singkat. Hari ini saya telah menamatkan pusingan dan tugasan tersebut. Kepada Allah saya serahkan; agar diampunkan kelemahan dan diberi pahala jika ada kebaikan. Siapalah insan yang kerdil dan daif seperti saya untuk merasai diri telah menyempurnakan tugas. Bahkan saya yakin, masih ada ruangan yang patut saya sempurnakan, namun saya tidak memenuhinya. Maka apabila saya ditanya oleh wartawan yang berbagai: “Apakah Dr berpuas hati dengan misi yang dilakukan sepanjang dua tahun ini?”. Jawaban saya, tentulah “tidak”. Saya mengharapkan Allah mengampuni kekurangan dan kelemahan saya.
Saya teringat Rasulullah s.a.w yang amat sempurna itu. Dalam khutbah baginda pada Hari Hajjatul Wada’, baginda bertanya lautan para sahabah yang hadir tentang tugasan yang telah dilakukan oleh baginda. Baginda bersabda:
“Kamu akan ditanya (oleh Allah) mengenaiku, apakah yang akan kamu jawab?” Kata mereka: “Kami menyaksikan bahawa engkau telah menyampaikan, telah menunaikan, dan telah menasihati”. Lalu baginda mengangkat jari telunjuk ke langit dan kemudian ke arah orang ramai dan bersabda: “Ya Allah! Saksikanlah” sebanyak tiga kali. (Riwayat Muslim).
Demikian seorang nabi yang penuh amanah menunaikan tanggungjawab, menyampaikan kebenaran dan menasihati umat, pun begitu masih inginkan kepastian dan kepuasan perasaan dengan bertanyakan orangramai tentang tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh dirinya yang mulia. Siapalah kita di hadapan semua ini.
Mengubah minda dan pemikiran bukan kerja yang mudah. Ia memerlukan masa dan kesungguhan. Lebih daripada itu, ia memerlukan kesabaran dalam menghadapi ujian dan harga yang perlu dibayar untuk sebuah perjuangan. Kata ‘Abd Allah bin Mas’ud r.a:
“Apa akan terjadi kepada kamu nanti apabila fitnah (penyelewengan) membaluti kamu. Anak kecil membesar dalamnya, yang dewasa pula telah tua bersamanya, lalu fitnah dijadikan sunnah (kebiasaan) sehingga jika ia diubah maka dikatakan “ini tindakan yang munkar”. Ditanya beliau: “Bilakah hal itu akan terjadi?”. Jawabnya: “Apabila kurangnya mereka yang amanah dalam kalangan kamu, tetapi ramainya pemimpin (orang politik) kamu, kurangnya mereka yang faqih (memahami hakikat Islam) dalam kalangan kamu tetapi ramainya pembaca al-Quran, dan dipelajari ilmu bukan kerana agama (Allah) serta dicari dunia dengan amalan akhirat” (Riwayat ‘Abd al-Razzaq- lihat: al-Albani, Sahih al-Targhib wa al-Tarhib, 1/26).
Ini realiti kita sebenarnya. Banyak perkara bukan agama dikatakan agama. Sehingga manusia sukar hendak membeza antara pendapat ustaz dengan nas al-Quran dan al-Sunnah yang sebenar. Lalu pendapat golongan agama, sekalipun tidak menepati nas tetap dimaksumkan. Contohnya seseorang tidak membeza antara perkahwinan yang sah, dengan perkahwinan yang diiktiraf oleh Pejabat Agama. Seperti cerita seorang kadi yang enggan mengesahkan perkahwinan yang diuruskan oleh kadi lain kerana pasangan tersebut menjemput kadi luar kawasan. Padahal rukun nikah sudah dipenuhi; ada pasangan, wali, saksi dan akad. Namun kerana fulus pendaftaran tidak sampai ke tangan kadi kawasan, maka pasangan itu selama beberapa tahun terpaksa merayu sijil nikah mereka. Menderitalah mereka dalam tempoh tersebut, lalu ada yang menganggap perkahwinan mereka tidak sah.
Sama seperti perkahwinan di luar negara, bukan tidak sah tetapi tidak diiktiraf oleh kerenah birokrasi agama di Malaysia. Begitu juga dalam hal-hal lain termasuk ibadah. Berapa banyak perkara adat melayu disangka ajaran Islam sehingga jika kita berbeza kita akan dituduh dengan berbagai perkara. Demikian juga kita kekurangan tokoh yang amanah tetapi ramai pulak yang hendak jadi ahli politik.
Seterusnya betapa ramai para pembaca al-Quran atau penceramah dalam kalangan kita, tetapi sedikit pula yang benar-benar memahami hakikat Islam yang dihantar kepada umat manusia. Akhirnya kita gagal menampilkan imej Islam yang indah seperti yang diperjuangkan oleh baginda Nabi s.a.w.
Dalam rangkap yang akhir dalam riwayat ‘Abd Allah bin Mas’ud ini dicerita pada zaman fitnah tersebut manusia menggunakan amalan agama untuk mendapatkan dunia. Lihatlah, bermula dengan upah sembahyang hadiah untuk jenazah, upah baca al-Quran untuk mayat sehingga perkara-perkara lain yang lebih besar yang lain. Semua itu projek duit atas nama agama. Berbagai khurafat akhirnya muncul, sedangkan umat Islam dilanda bermacam masalah yang getir.
Saya yang maha lemah ini mencuba untuk memberikan pandangan dan pemikiran agar Islam dan umat Islam dalam negara ini dapat terus tampil relevan terutama dalam menghadapi perubahan zaman. Saya bukan tidak menyokong majlis fatwa kebangsaan, tetapi kita perlukan kematangan dalam membimbing umat dan menghadapi zaman. Di samping fatwa yang ada, cubalah kita juga berikan fatwa yang dapat membangkitkan umat seperti fatwakan berdosa umat Islam di negara ini membiarkan ekonomi dikuasai oleh orang lain.
Alhamdulillah, media seluruh negara begitu baik membantu saya. Antara yang paling utama ruangan saya dalam Pena Mufti ini telah dibaca oleh berbagai pihak. Saya mendapat sahabat yang ramai kerana ruangan, termasuklah Tun Mahathir dan berbagai tokoh besar yang lain. Ribuan email dan surat sokongan saya terima daripada rakyat Malaysia dalam dan luar negara, muslim dan bukan muslim. Juga para pembaca daripada Singapura, Brunei dan Indonesia.
Media-media luar juga sering menemuramah saya. Di mana saya pergi alhamdulillah, berbagai lapisan menyatakan sokongan. Walaupun pada peringkat awal banyak yang prejudis, namun anjakan masa dan perubahan hari telah membawa sebahagian besar mereka dapat menerima bahawa idea dan pandangan yang dikemukakan itu di luar dari daerah kepentingan mana-mana individu atau pihak.
Namun saya tahu yang menolak terus menolak. Saya masih ingat, apabila RTM membuat wawancara khas secara langsung dengan saya yang dikendalikan oleh Datuk Johan Jaafar, apabila saya hadir ke mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan, pengerusinya seakan mengada sidang mahkamah khas mempertikai apa saya kemukakan. Namun kerana masa itu saya masih awal sebagai mufti, saya enggan mengambil langkah bertegang.
Bukan sedikit selepas itu berbagai fitnah datang daripada mereka yang memegang‘jenama agama’. Ada yang tuduh saya tumbuk imam di Perlis, ada yang kata Amerika bantu. Ada yang ‘sepangkat’ dengan saya dalam ceramahnya menceritakan bahawa saya pergi ke New Zealand keluar bas tidak pakai songkok dan naik bas terlewat. Itu memang benar, namun saya pasti apakah itu perlu dimasukkan ke dalam isi ucapan.
Sehingga pada saat-saat ini pun apabila saya memberikan sedikit alternatif tentang isu yoga, ada pihak yang mendakwa Ph.D saya bukan dalam bidang agama dan saya tidak layak memberikan pandangan di hadapan golongan agama yang sudah lama berjawatan. Padahal Ph.D yang ditulis dalam Bahasa Arab itu telah dicetak oleh UIAM, dan cetakan kedua diterbitkan oleh pencetak buku ternama di Beirut, Lebanon. Saya malas hendak melayan itu semua dalam kesibukan mengejar waktu.
Bahkan rakan-rakan sejawatan beberapa negeri menghalang saya berceramah dalam negeri mereka. Selangor umpamanya membenar semua mufti berceramah, kecuali Mufti Perlis. Pihak JAKIM pula tidak akan melantik saya dalam sebarang panel fatwanya, walaupun mufti negeri-negeri lain dilantik. Saya menerima bahawa itulah realiti perjuangan dengan penuh senyuman dan tidak berkecil hati. Mereka yang lebih daripada saya, bahkan tidak dapat dibanding seperti para nabi dan ulamak terdahulu menghadapi lebih berat daripada itu.
Saya teringatkan kata-kata Za’ba dalam bukunya “Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri” yang Prof DiRaja Ungku Aziz kirimkan kepada saya agar saya baca. Antara katanya yang pernah saya petik dahulu:
“Malangnya jika ada siapa-siapa yang mencuba berbuat seperti pakar-pakar Islam dahulu kala itu - iaitu melepaskan diri daripada kongkong taklid dan balik kepada Quran dan Hadis dengan kehendak-kehendak zaman dan hal-hal keadaan yang telah berubah sekarang - maka terus dilempar mereka akan dia dengan kata-kata yang tidak selayaknya seperti “sesat dan menyesatkan, memandai-mandai, membawa bidaah, mengubah-ngubah daripada jalan yang telah diatur oleh pakar-pakar dahulu kala itu (nenek moyang), tidak ada rupa hendak melebih daripada orang dahulu-dahulu” dan berbagai-bagai lagi. Yang betulnya duduklah juga membeku di tempat yang ada itu!! Mungkin juga kerana mereka sendiri tiada upaya membuatnya maka mereka tiada suka kalau ada orang lain pula dapat berbuat. (m.s 33, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka 2005).
Saya telah mencuba dalam masa dua tahun yang lepas. Terserah kepada rakyat untuk menilainya. Jika ia tidak berjaya pun, saya mengharapkan Allah memberikan kepada saya pahala. Ya! Ratusan email saya terima membantah keputusan saya tidak mempertahankan jawatan mufti ini. Sehingga ada yang menulis “Selama ini saya amat menyanjungi kebijaksanaan tuan mufti, tetapi saya yakin tindakan tuan berhenti adalah merupakan keputusan yang silap, atau tuan mungkin tidak lagi memikirkan kepentingan umat Islam dan rakyat negara ini lagi. Maafkan saya!”.
Saya ingin katakan, saya akan terus berfikir untuk itu, bahkan saya akan cuba mewakafkan hidup untuk perjuangan yang panjang ini. Saya bukan lari meninggalkan medan perjuangan, tetapi saya insyaAllah akan pulang dengan kekuatan yang baru. Rakyat Perlis bersalam dengan saya pada Jumaat lepas dengan kesedihan dan tangisan. Saya bersyukur saya meninggal jawatan dengan penuh penuh senyuman dan persahabatan. Sekurang-kurang mereka tahu saya telah cuba melakukan sesuatu untuk Perlis dan Malaysia.
Saturday, November 29, 2008
bila waktu nya

sejak lahir,kita mula2 skali menangis..then,kita diberikan nama yg sgt indah maksudnya..setiap detik yg berlalu, kita slau memandang dunia sekeliling, hebatnya ciptaan Nya..masa tu,kita msh lagi blm ble brkata2..hnya tangisan lapar dan girang yg mengiringi..tak lama kemudian, kita akan berubah dan belajar bnd baharu..meniarap,mengesot,merangkak dan sebagainya..tetiba je dr saat itu,kita sudah menjejakkan kaki ke gudang ilmu..belajr mengenai ilmu pengetahuan..byk bnd kita dpt terokai dan pd saat itula, akal kita mula mengembang..sudah pandai menimbang yg baik dan yg buruk..parent mengajar smua tntg agama dan nilai2 yg baik..masa kecil,kita xpndai melawan,smua anggukan kepala tanda patuh..tiap2 mlm,ayah mengajar kita alif ba ta...tp, masa mengubah segala-galanya..ujian demi ujian,waktu demi waktu.kita spent kan ms utk berhibur..alpa pada tuhan yg menjadikan kita sblm kita ditiupkan roh ke dlm rahim ibu..parent yg melahirkan kita dan menjaga kita ms kecil..setiap kali parent memanggil memnt tlg kita,"ah" shj jwpn diberi..alangkah sedih nya hati seorg parent mdgrnya..wktu dialam university,kita sekali lg alpa..sambil lewa dan berhibur bersama teman..suara kemrduan suara ayat-ayat suci makin hlg dr ukapan bibir..keenakkan dunia menguasai diri, bebas bgaikan mimpi dialam nyata..namun..dunia ini hny smentara..bila waktunya tiba,kita akan pergi ke alam yg kekal abadi..dlm ms itu, kekesalan hati menguasai diri..kita berada bersendirian dialam nyata..tanpa ada bekalan utk ke jln nya.sudah tiada gunanya kita menangisi apa yg berlaku..parent kita sudah tntu sedih melihat zuriatnya pergi tanpa harapan..menanti agar kita kmbl...
perasaan???
Sunday, November 23, 2008
dari penjuru jendela
Saturday, November 22, 2008
REALITI...???????

pernahkan anda terfikir utk melihat diri sendiri jatuh.jatuh disini bukan jatuh tersungkur@ seumpamanya, ttp jatuh motivasi,psikologi etc...mesti takpernah anda fikirkan..inilah dinamakan manusia,ingin mengharapkan smuanya baik belaka yg dpt membantu seseorg utk hidup dimuka bumi ini..namun,jika bnd anda yg tidak suka dibuat oleh kawan anda sndr.mcm mn?mst marah kan..lebih-lebih lagi kalo kawan tu kawan baik. mesti lg tension tgk dia bt kat kita cmtu..and mcm mn kalo lg teruk dr tu.???
Friday, November 21, 2008
because of light

yesterday,
i read and listen,
people talking about me,
in the dark path of my journey,
today,
I see and feel,
the reality behind it,
like a blindness of star,
tomorrow,
maybe I cannot see the light,
like the clouding around the sky,
makes the shine stops smiling,
future,
the truth will come,
due the power of fate,
makes me more harder to see the light,
but,
deep in my heart,
i wanna to see it back,
the light that guide me for a while,
flying me to india,
I really hope,
the people will believe,
and accusation will gone by itself,
before opening the new chapter of light...
Thursday, November 20, 2008
hadis hari ini..

Solat Pada Waktunya
Dari Abu Dzar r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bertanya kepadaku, sambil menepuk pahaku: Apa yang engkau lakukan jika engkau berada dalam lingkungan kaum yang suka melalaikan solat dari waktunya? Jawabku:”Apa perintah tuan untuk saya?“ Sabda baginda, solatlah pada waktunya (sekalipun sendirian). Sesudah itu selesaikanlah segala urusanmu. Jika kebetulan orang solat berjamaah dan engkau masih berada dalam masjid, maka solatlah pula (bersama mereka).”
Wednesday, November 19, 2008
KISAH IMPIAN

"Eh,ko bt apa tu khalil. Semacam je ak tgk ko”kata wong kehairanan melihat gelagat kawan serumahnya yg berlainan dr hari biasa."erm,xde apa, aku tgh kemas brg pertunangan aku haritu,(nada sedih).dh berhabuk dh.Wong, ble tlg ak x?”
“ble je,ap dia..takkan srh ak cr bkl bekas tunang ko dulu kot.haha..gurau je,” ."ad lak tu..la, ak xkisah pun ko nk ck apa,bnd dh berlalu, xusah nk dikenang smula.nie, tlg ak angkat meja ni jap.berat sgt. Nth apa ko isi dlm nis.aisey..” kata khalil sambil mengesat sedikit habuk diatas meja.
“haha,ak ltk buku la..hah,cpt la angkt ni.”.then,seblm Khalil mengangkat meja,dia terkedu sementara,matanya tidak berkelip seperti terbayang sesuatu.".jap, ko ada nmpk bekas cincin kt dlm kotak ak pegang nie x? Mn ek,ak pn dh lupa kat mn ak letak..”
“ko nie Khalil, tu pun ble lp.bnd pntg tu, ko terbuang kot..yela, ms majlis tu xjd, mst ko frust gler kan..” wong cuba mengingat semula kisah hitam kawan nya itu,terdetik rasa sedih dihatinya walaupun dia bukan seorg muslim, tp dia tahu sedikit sebanyak mengenai islam sejak dia tinggal serumah dgn Khalil. khalil seorg yg taat kpd prnth agama walaupun dia dibesarkan dlm keluarga yg kurg berpendidikan agama. pernah sekali Khalil memberitahu impian di hatinya, berharap dpt dipertemukan jodoh dgn seorg wanita yg solehah seperti bekas bakal tunangnya itu. khalil mahu melihat utk mendidik bakal anaknya dididik dgn ilmu-ilmu islam serta mendapat perhatian yg baik seperti bekas bakal tunangnya itu..
“xla,ak simpan la.bt kenangan.tp ak lupa letak kt mn..pelik la..mn la ak ltk cincin tu,br 5 bulan ak beli bnd tu..kalo ko ada nmpk,bgtau ak ek."suara Khalil sedikit kegusaran..”erm,ak rs aku ad nmpk cincin yg ada berlian kecik kt atas ring tu kat laci almari dpn..tu cincin ko ke?”
“haah..br ak ing..thanks..haha..hepi skit..”.terukir senyuman dibibir Khalil selepas berjaya kmbli mengingati bnd yg paling bersejarah dlm hidup nya."ap la ko ni khalil,cpt sgt lupa..aik, msh setia lg ke??opps..haha...”wong cuba mengusik khalil
“haha..tu rahsia ak la..mn ble bgtau org..ko nie,mcm xknl ak lak..mmg ak sng lupa..”.."tp ak tgk muka ko mcm sedih sgt nie nape..kata dh ble lupakan kes tu..”
“xde la, td,kat office,ak ad dgr fitnah psl ak..”khalil membuka bicara,raut wajahnya seperti menahan sesuatu kesedihan yg amat sgt...”huh, fitnah?dulu ko pernah ckp psl islam, fitnah lg hebat dr membunuh kan..?”wong meneka..
“yup, btl tu..tu la,skrg ak rs xsgka lak bnd ni ad skali ngn fitnah tu..ak xbt apa2 pun..sp la yg punya angkara nie..malu gler ak td..” kata khalil smbil bangun menuju ke tpt tersimpannya cincin tu.khalil terdiam sementara.muka nya berubah menjadi kemerahan,..”asal lak ko malu?bukan nyer ko yg buat pun,biasa,manusiakan,slalu sgt dendam ngn org lain",
“yelah, maruah ak dh jth,,td.semua staff mula mengata ak dr belakang. Xbest r cmni..nnt org xcaya ak lg..masa tu, ak just tumpu utk keje je..xde fikir bnd len..”...”ooowh, sapa la yg bt fitnah tu?ad ke org caye?"
“dh ak ckp cmni, mst la ad org yg percaya fitnah tu..ak rs kesal ngn sapa yg bt cete nie, tp rs bersyukur lak..”.khalil memandang terus kearah wong,tgn nya menampakkan sesuatu.
"bersyukur?nape lak?”
“cmni wong, igt, dulu ak kan hmpr nk bertunang ngn dia, tp tetiba lak, xjadi..manalah ad pokok bergoyang tp angin xtiup kan..”.khalil menerangkan smbl tgnnya memengang sebentuk cincin kearah cahaya lampu.sinaran nya seperti baru lagi.terukir perkataan nama bekas bakal tunangnya itu di cincin tersebut.."ada le khalil,monyet goyang kan kot..hahahhaha..”
“isyh,ko nie..ak serius ni..ak bersyukur,sblm ak bina ikatan tu,ak dh tau peribadi dia cmne..alhamdulillah, hati ak hepi skrg,Cuma kesal je perbuatan dia tu..ko bygkan la,ak dh hmpir dgn 5 cete pelbagai version psl ‘kejahatan’ ak..padahal, ak xbt pun smua tu..”.Khalil sedikit emosi.cincin yg dipegangnya diletakkan kmbli di dlm kotak cincinnya.."la, yeke..sory la.aku xtau lak ada fitnah semua nie." wong cuba mententeramkan kembali perasaan kawannya itu..
“erm.nk bt cmne..ak bkn nye nk smua tu..ak dh cuba nk bt yg terbaik tp xjadi..ada la hikmah disebalik tu..mmg la ak ad bt silap,tp xadil la kan kalo ak dipersalahkan 100%...ak mgaku, silap ak gak,tp ak xbt smua yg ak dgr tu..i hv try my best nk ikut cr islam. Tp yela, rmai lak yg mnentg ak..even ak nmpk cmni,tp xbermkna ak cmtu.”......”owh.ak fhm skrg and tau sapa yg ko mksd kan..bdk office kita tu kan..ak tau tau..tp kan, ak nmpk, dia pun bt silap gak..haritu kan...”wong meneka lagi.
“Haritu ap..?”khalil kehairanan...”haritu..ak nmpk dia msk rmh laki tp ramai2 skali la..xsilap ak from mamat bgtau ak,staff kita ad bt parti haritu..”
BERSAMBUNG..................................
Sunday, November 16, 2008
hakikat solat

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Mana-mana muslim yang apabila masuk waktu sembahyang yang diwajibkan lalu dia pun berwudhuk dengan wudhuk yang baik, melakukan solat dengan sebaik-baiknya begitu juga dengan ruku’nya, maka sembahyang itu merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosanya yang telah lalu, selagi dia tidak melakukan dosa besar.”
mencampuradukkan antara kebenaran dan kebatilan

Allah Azza Wa Jalla berfirman:
Saturday, November 15, 2008
NASIB
Monday, November 3, 2008
kehidupan yg mengerikan
setelah kian lama hidup, mst buk pengalaman yg best, tak kira la yg pahit atau gembira. semua manusia mesti mempunyai nya. IMPIAN? mst smua org mengimpikan agar ia tercapai, tak kira susah macam mn pun kan, tp rata2 smua ingin ia dilalui dgn senang..
Thursday, October 16, 2008
perantau
india..erm, mmg best, tp lagi best malaysia..kat sini smua brg agak mahal dari malaysia.
rasa beruntung lak jadi rakyat malaysia..semua aman and makmur..
impian nk jadi doktor dah smkn hampir, tp ada byk halangan yg menanti,
masa orientasi dulu, sorg senior ada cakap, kita mesti belajar medic utk cari ilmu, bukan nk pass exam coz exam hanya seminggu, but medic mesti belajar sepanjang hayat..erm, ayat yang bagus kan.
huhu, buku utk first year pun dh lebih 25 books.
kita sepatut bersyukur dok kat malaysia.serius, kat india, rumah setinggan berlambak.
ramai yg miskin, kanak-kanak yg tadika pun tgh keje minta sedekah kat bandar bangalore.
sometimes sedih gak, tp xleh bt apa, if kita bg sedekah, maka 1001 org lain akan dtg minta duit.
huhu,
ok lah, nnt cete lagi pasal medic in india..
Monday, October 6, 2008
impian
Bermula dari sekadar impian, mengapa sy memilih ayat begini..mesti ramai yg sudah blh mengagak apa yg ingin dilontarkan..