web 2.0

Sunday, November 16, 2008

mencampuradukkan antara kebenaran dan kebatilan


Allah Azza Wa Jalla berfirman:
"kemudian sesudah mereka itu mengantikan kaum jahat, yang mempusakai kitab, mereka mengambil harta yang buruk lalu katanya,"nanti Allah akan mengampuni kami."
(Q.S.Al-A'raf:169)
 ertinya, mereka itu para ulama, namun hatinya telah terpikat kpd dunia dan tidak mengira samada halal atau haram.
Rasulullah SAW bersabda dlm suatu hadis yg dirawikan oleh Ma'qal bin Yassar.

"akan datang kpd manusia zaman dimana Al Quran dijadikan seperti pakaian dikenakan pada badan oleh para pemimpin. semua urusan mereka didasarkan tamak, tidak ada lagi perasaan takut kepada Allah. jika salah seorang dari mereka bersikap baik, dia berkata" Allah menerima ku." dan jika berbuat jahat, dia berkata, "Allah akan mengampuniku," Maka mereka telah meletakkan tamak, tempat khauf (takut) akibat kebodohan mereka terhadap ancaman-ancaman Al Quran dan ayat-ayat di dalamnya."

wahai pembaca sekalian, Al Quran mengandungi banyak peringatan dan ancaman. org mukmin yg mahu merenungkan tentu akan memiliki rasa takut. tapi ramai org yg membacanya hanya seperti membaca syair arab je. yang diperhatikan hanya tentang rafa' nasab-Nya tanpa meresapi makna dan niat utk mengamalkannya. sungguh ini tipuan yang paling besar yg dilakukan oleh alim ulama. jumlah mereka bermaksiat lebih banyak drp taat. tetapi mereka merasainya banyak membuat kebaikan. 

ada sebahagian drp mereka pula memberikan sedikah harta yg bercampur halal,haram dan syubhat. dan mengira makan seribu dirham yg haram itu dpt menghapuskan timbangan dgn sedekah sepuluh dirham. samalah seperti org yg meletakkan sepuluh dirham pada daun timbangan yg lain dan ingin agar daun timbangan yg berat itu terangkat oleh daun timbangan yg ringan. 

sesetengah dr mereka mengira bhw ketaatannya lebih banyak drp kemaksiatan. akibatnya dia tidak pernah mengoreksi diri. hny kebaikan nya saja yg dia ingat. dia baca tasbih 100 kali, kemudian menghebahkan kpd kaum muslimin, mengangkat dirinya dan berkata yg tidak diredhai Allah sepanjang hari. tetapi yg tidak ingat hanya tasbihnya shj. sedangkan dosanya smua dilupakan. padahal Allah mengancamnya.

yang diingat hanya fadhilat tasbih dan tahlilnya, ttp tidak pernah merenungkan seksa mengumpat, berdusta, memfitnah dan menafik yg keluar dr mulutnya.
sungguh demi umurku,jika Raqib dan Atib itu mencari pahala amal yg dpt menghapuskan dosa maka tidak perlulah menuliskan kemaksiatan nya itu. amat menghairan kan or yg mengoreksi dirinya hanya utk mencari pahala utk menghapuskan dosa maka, ttp tidak takut utk kehilangan firdaus dan kenikmatanya. ini besar bahayanya bg org yg berakal. dimana kita telah dihadapkan jika kita ragu terhadap sesuatu perkara yg ditentukan Allah termasuklah org kafir dan jika kita membenarkan termasuklah org yg tertipu. ini bukan amal org yg beriman kpd kitab Allah. Maha suci Zat yg memberikan kpd kita peringatan dan keyakinan bersama keterangan ini.

0 comments: