web 2.0

Sunday, November 16, 2008

hakikat solat



Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Mana-mana muslim yang apabila masuk waktu sembahyang yang diwajibkan lalu dia pun berwudhuk dengan wudhuk yang baik, melakukan solat dengan sebaik-baiknya begitu juga dengan ruku’nya, maka sembahyang itu merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosanya yang telah lalu, selagi dia tidak melakukan dosa besar.”
 
riwayat muslim.

dalam kita meneliti maksud hadis ini,kita masih rasa terkejut apabila ada org yg menegerjakan solat tetapi masih tidak segan silu untuk melakukan dosa dan maksiat. sebelum ini, sy ada melihat sebuah masjlis yg nampak sungguh indah, ttp pengisian nya tidak menurut islam.lelaki dan perempuan bergaul tanpa segan silu, bergurau senda tatkala syaitan bergembira melihatnya.tidak kah kita malu akan perbuatan ini kerana 95% yg menghadiri majlis tu adalah beragam islam. semuanya bersembahyang 5 kali sehari.mengapa ini terjadi?

jawapan nya adalah kemungkinan besar krn solat yg dikejarkan itu sebenarnya tidak ikhlas kerana Allah SWT tetapi utk dipersembahkan kpd org lain. maksud disini ialah utk menunjuk-nunjuk,riya' dan takabur. solat yg demikian ini tidak akan memberikan kita apa2 manfaat atau kesan terhadap jiwa dan pembentukan peribadi serta tidak menjamin dan mendinding diri dari melakukan perkara-perkara negatif dan maksiat. 

lagi satu, solat berjemaah. serta atau tak ia mendidik seseorg utk mematuhi seorg ketua. sebab makmum tidak boleh mendahului imam dalam apa jua gerak lakunya. pastu, hal menjaga saf-saf ketika solat memberitahu kita bahawa kepentingan perpaduan dlm suatu masyarakat yg dipimpin.

selain kebersihan zahir, solat gak mampu melupuskan dosa yg pernah ktia lakukan  krn solat merupakan satu-satunya peluang keemasan bg setiap umat islam utk mencari pengampunan dari Allah.

so, take time memahami hadis ini.ambil la maksud yg ingin disampaikan. sekiranya dulu kita dpt melihat seseorg itu melakukan kejahatan, tp pada hari nie, dia adalah seorg yg beriman kpd Allah SWT. ini semua adalah berkat drp mengerjakan solat. maksud nya solat yg khusyuk..sekiranya kita tidak fhm apa yg kita bc masa solat, jgn la segan utk kita cari semula buku panduan solat yg selalu kita tgk ms zaman kanak-kanak..jgn kita malu krn berdepan dgn org lain, ttp malu kita kpd Allah SWT sbb tak dpt khusyuk dlm solat. tidak mengapa belajar pada waktu sekarang daripada kita dipersoalkan di akhirat kelak. kita hidup di dunia hny sementara. diakhirat kelak yg abadi..2 hari lepas, sy berkesempatan melihat suasana matahari terbenam seperti gmbr yg ada dipost sy sblm ini..kalo kita lihat semula, ia seakan-akan lautan pasir api yg sedang menyala. tak tergambar difikiran saya bagaiman di dlm neraka kelak disebabkan dosa-dosa kita terdahulu..

2 comments:

Anonymous said...

thanks sbb ingtkn y da tlupe neh..=)

Anonymous said...

atau mungkin saja solat itu dilakukan skdr utk mlpskan tggjwb, tanpa sbrg penghayatn.
igtlah, Allah tu tak prlukan solat kite, kite yg perlukan solat kita, dan juga DIa.