web 2.0

Sunday, April 19, 2009

bila seseorg itu bertaubat...


taubat adalah kembalinya kita kpd Allah swt setelah melakukan kesalahan..ia adalah rahmat drp Allah swt kpd hambanya utk kembali ke pangkal jln setelah tergelincir di alam kehidupan yg sementara ini..

setiap manusia tidak akan lari dr melakukan kesilapan..hatta,dlm perbualan kita seharian pn,myb pernah kite terungkap kata2 yg tidak elok tanpa disedari.Nabi Muhammad bersabda.."setiap anak Adam itu pernah berbuat kesalahan@dosa dan sebaik-baik org berbuat dosa adalah mereka yg bertaubat (dari kesalahan tersebut)".

Allah memberikan kite jln jalan kembali kpd ketaatan,ampunan dan rahmat-Nya dgn sifat-sifat-Nya yg maha penyayang dan maha penerima taubat..
"dan Akulah yg maha penerima taubat lagi maha penyayang." surah albaqarah,ayat 160

"sesungguhnya Allah menyukai org-org yg taubat san menyukai org2 yg mensucikan diri."surah al baqarah:222

bila kita bertaubat, ia akan menambahkan kecintaan kita kpd Allah swt..menjadikan diri kita lebih dekat kpd Nya..pernah sekali,kita melihat, dahulu,seorg nie perangai mcm teruk, then, bila satu ketika tatkala berlakunya peristiwa yg sedih melanda diri nya, dia bertaubat..pintu-pintu taubat selalu terbuka dan sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha penyayang..

firman Allah dlm surah al Imran,ayat 133..
"bersegeralah kpd ampunan tuhan mu dan kpd syurga yg luasnya seluas langit dan bumi yg disediakan utk org-org yg bertakwa iaitu org-org yg menafkahkan hartanya baik di waktu lapang mahupun sempit dan org-org yg menahan marahnya dan memaafkan kesalahan org dan Allah menyukai org-org yg bebrbuat kebajikan. dan juga org-org yg  apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiayai diri sendiri mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampunan terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yg dptmengampuni dosa selain drp Allah? dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu,sedang mereka mengetahui."

 hadis riwayat Imam muslim dr Abu musa Al-Asy'ari
"sesungguhnya Allah membentangkan tanganNya di siang hari utk menerima taubat org yg berbuat kesalahan pd malam hari smpai matahari terbit dari barat.."

dlm surah Tahrim,ayat 8
"hai org2 yg beriman,bertaubatlah kpd Allah dgn taubat yg semurni-murninya,mudah-mudahan tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yg mengalir di bwhnya sungai-sungai,pd hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan org-org yg beriman bersamanya,sedang cahaya mereka mengatakan"ya tuhan kami,sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami,sesungguhnya Engkau mahakuasa atas segala sesuatu."

taubat yg paling tinggi dihadapan Allah swt ialah taubat nasuha. taubat nasuha ialah bertaubat dr dosa yg diperbuatnya saat ini dan menyesal atas dosa-dosa yg dilakukan dimasa dahulu dan berjanji utk tidak melakukannya lg di masa akan datang..

oleh itu,apabila telah dtg seseorg yg telah mengaku kesalahan nya,maka bantulah dia..jgn berdiam diri sahaja..sekiranya seseorg itu pernah mmbt salah keatas diri kamu lalu dia bertaubat,maka maafkan la dia..jgn la menyimpan dendam lg..:)

1 comments:

Wan Mohd Rashid said...

Bagus - bagus,

Like it :D