web 2.0

Friday, April 24, 2009

dari setitis tangisan


ketika di puncak,smua nya nmpk indah belaka..once kita kebwh,gelap gelita akan tiba menghiasi wktu..
masa tu,hanya tangisan yg menjadi teman kita..meraung..merintih keseorg menghadap tuhan yg maha esa.

masa itu la,kita merayu meminta pertolongan..kata hati yg terpendam bersuara..
"Ya Allah,kuatkan la hamba mu ini.." mengalir air mata kita mengenangkan sejarah yg sudah berlalu..
badan mengigil mengangkat tangan utk menadah, rasa takut kpdNya amat terasa..degupan jantung kian terasa..
mencurah-curah air yg mengalir hingga ke pipi lalu jatuh menitis di pangkuan..

hina nya diri ini dihadapan Allah yg maha agung..diri kita selalu terleka dgn buaian dunia..
tidak dpt mengungkap kata-kata pedusta lagi di hdpn Allah walau sering berkata-kata manis dihadapan manusia .
hanya kalimah lailahaillallah bermain di minda..berlegar-legar hingga bunyi tangisan semakin kuat kedengaran..

tiada manusia yg tidak dpt lari dr melakukan kesilapan..walau kita telah melakukan dosa, pintu keampunan sering terbuka luas..kasih syg tuhan terbentang luas manakala kasih syg manusia selalu menipu diri..

biarlah org lain bercinta dgn dunia ttp biarlah kita benar-benar mencintai Allah swt.
biarlah org lain bahagia dgn kekasihnya ttp biarlah kita bahagia dgn Allah swt.
biarlah org lain berasa gembira dgn dunia ttp biarlah kita berasa gembira dgn Allah swt.
biarlah org lain melakukan kejahatan kpd kita ttp biarlah jgn sesekali kita melakukan kejahatan kpd org lain.
biarlah didunia ini kita menangis ttp jgn kita pula menangis di akhirat kelak kerana dosa kita.

kesedihan di hati ini hanya terubat bila bersama Allah swt.
kekosongan hati ini hanya terubat bila mendapat hidayah drp Allah swt.
kealpaan hati ini akan terubat jika kita taubat kpd Allah swt.
kemarahan hati ini akan padam bila kita mengingati Allah swt.
kegelisahan hati ini akan menjadi tenang bila kita mengingati Allah swt.

walau kita duduk di ceruk mana sekalipun,
jgn la kita berputus asa,
tadahlah tangan mu,
utk meminta keampunan dan rahmat drp Allah swt.
sesungguhnya, kiamat itu hampir tiba,
bertaubat la sblm terlambat.
kelak kita yg akan mendapat kebahagian drp Allah swt.

hiasi la diri mu dgn amalan-amalan.
dekatila diri mu dgn org yg blh membimbing mu.
jauhi lah diri dr sifat-sifat yg hina..
mudah-mudahan kita tergolong dr golongan yg mendapat syurga di akhirat

0 comments: